Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 30, 2008

Alhamdulillah Hari Jumaat

Harini kawan penuh dengan kemalasan wahahahahaa bukan nye hape cuma maklum jelah hari Jumaat kan? ermm lagi satu idea tarak nak buat satuuuuuu je lagi brochure itew, ermmm kawan pon tak tau lah guane diorang nak buat exhibition itew? tapi tidak mengapa, akan ku bowat juwe pada minggu depan ini kerana harini adalah hari Jumaat maka tak hairanlah kepala ku menjadi best jew wahahahahaha.

Oh ye hari esok adalah hari jemput menantu di rumah pei so kemungkinan kawan gi pada malam mengikut kata geng2 kawan le. Ermm lagi satu skang ni di Bandar Palma adalah musim hojan jadi bawalah baju hujan mahupun umbrella musik pliissss *musik "eeellaaa laa laaa eh eh eh i want your umbrella eelllaaa lleee laaa laaa laa eeh eeehhh eehhh" errr cam orang bersewang pule wahahahahaha.

Itew jew kawan nak hapdet blog untuk hari Jumaat yang ceria ini. Papai dan enjoy your weekends ok tak mao nakal2 taw.

uuuuhhh

Wednesday, May 28, 2008

You Give Me Something

James Morrison - You Give Me Something (Live)


Cover Song by err..who? (Live with Guitar)


Ooooh I love them all!!! Yeaaaahhh

Coba coba jangan cobbaaaaaa

Sungguh kurang sopan pada harini ada ke patut kawan di suruh buat OT pastu suruh balik pule? dah kawan balik ke rumoh balik lewat solat Asor sape nak tanggung? bengong betul ungka2 ni.

Ermm brochure telahpun 90% siap ini kerana 10% lagi adalah brochure terbaru @ brochure yang tidak di "check" oleh pemeriksaan tatabahasa dan mergastua pahang. Oleh yang demikian 10% itew akan di siapkan dengan begitu pantas mahupun laju *eh cam sama jew maksud ia?*

Lagipun printing memakan masa dalam 2 minggu sehingga itew tidak tahulah bagaimana ungka2 itew ingin membuat show mereka di sarkas berhampiran? Sedangkan kalo tahu mende tu nak cepat standby jelah bahan2 yang perlu di masak, ni tak kawan gok hok kena buat seme nye adeh, kalo gaji best best gak kan? ermmm tapi takpe peringkat kesabaran lagi memuncak walaopong petang tadi agak keletihan mahupun pening2 sket. Ni seme ungka2 lah punya pasal wahahahahahaa.

Besot kena membuat 10% lagi bagi memastikan kompeni hindia di lengkapi dengan senjata yang hebat semasa mereka2 itew di Kuala Lumpur nanti, yeaaaahhh cuma kawan dok gi wahahahaha duk kat Bandar Palma buat keje wahahahaha best juwe. Ermm sebenornya tak tau gak nak kabor mende cuma nak hapdet sket2 jew.


baboon yang pandai dan bijaaaakk wahahahahahaa.

Monday, May 26, 2008

Isnin Yang Tak Seddaaapppp



Ermm jikalau hari Isnin memang biasalah kalau bukan "Monday Blues" nak buat guane? kawan pun sampai pening2 layan komputer, adeh skang ni dah ok sket. Ingat nak makan paracetamol sebijik dua jap lagi.

Uuuh harini kawan tak buat apa sesangat lagipun ingatkan ada meeting harini tapi tadok plok, mungkin esok mahupong lusa. Ermmm pe gi ek? takde mende doh rasenye, cuma nak hapdet sket2 jew. Oh ye saya tak dapat gaji lagi wahahahahhaa tulluuunn tuuulluuunn beri lah daku sejuta dua mulih saya membeli Honda Civic Type R ataupun BMW M3 dengan senang lenangnyeeee uuuuuuhhh tuuulluuunn tuuulluuunn.

Ermmm minggu ni nak buat pe ek? selain daripada bekerja dengan tekun dan dengan rajinnye? ermmm wayang citer indi dah tengok ermmm citer Heroes Movies pon dok kluar juwe ermmm Hulk pong blom juwe, ermmm pe ek? kalawokey la ek? best juwe tapi tidak mencokopi korum. Ermm yayakeeeeee tuuluuunnn cincaaann, cincan mao kalawokeeeeeeyyy. Mulih laaa muliiihh laaaa uuuuuhhh.


p.s/ : Bakpe plok?


Sunday, May 25, 2008

Hari Ahad Yang Sedap





Pada harini Ahad yang merupakan hari yang bagus untuk meluangkan masa dengan menonton wayang yeaaahhh kawan telahpun menonton filem "Indiana Jones dan Tengkorak Kristal" , ermm kawan tengok filem ni di Lotus Five Star Cinema tadok dah rasenye GSC wahahahahaa.

Oh ye citer Indiana Jones memang debaran dan penantian yang "agak" berbaloi, ini kerana filem yang di sampai kan agak tidak adventure mahupun dari segi aksi nye; berbanding sekuel yang sebelumnya. Kawan tengok memang lah rasa ok cuma mungkin sebab Indi dah "senior" kot? mungkin sebab tulah aksi2 beliau mungkin terhad sedikit.

Tapi takpelah berbaloi gak untuk 2 jam berminit *tak ingat sebenornya wahahaha*, tatapi mengikut filem berkenaan sebenarnya ia lebih memperkenalkan Shia LaBeouf sebagai Mutt Williams yang merupakan anak kandung Indi. Kebangkitan Mutt di dalam hidup Indi memantapkan lagi gandingan ayah dan anak macam filem yang sebelum ini di mana sebelum pemergian Sean Connery sebagai ayah Indi di tukar pula dengan Mutt (Shia LaBeouf) sebagai pengganti nya.

Mungkinlah tak lama lagi Indiana Jones mungkin ada pengganti baru untuk aksi seterusnya, tapi rasenye itu penerimaan peminat dan juga bagaimana Lucas dan Spielberg merancang untuk filem berikutnya. Rasanye Shia LaBeouf jadi tumpuan lah plok untuk director dan producer itew, yelah The Transformers pastu Indiana Jones plak pasni apa lagi tah? I donno yet.

Oklah tu je sebenornya nak citer, kawan pon dah rasa mamai ni nak tido pule wahahahaha. Selamat Malam Bandar Palma, sesuai untuk mung yeaaaahhh.

Friday, May 23, 2008

Hari Sabtu Yang Selebet




Uuuuhh sungguh indah hari Sabtu yang bersempena perkahwinan Bro Pei pada petang ini, ermmmm sungguh ayu dan romantis ketika kawan di kamar tidur lagi. Uuuh di ucapkan tahniah kepada bakal2 pengantin baru pada harini terutamanya Bro Pei atau lebih di kenali Mohd Faiza Bin Ngah atau Croc.Cring yeaaaaahh.

musik pliiiissss

*musik
"Slaaaamaaaatt pengaanttiin baruuuuu..teng teng teeenng..slaaamaaaaattt berrrrbahgiiiyaaaaa..teng teng teng teenngg..selaamaaattt keee aaanaakk cutcuuuuuuu..yeaahh cool."


Ermm diri ku bila lagi ek? *memikir pule* ermmm kemungkinang pada petang nanti mungkin ramai orang kat balairaya berkenaan eh balairaya pule hehehehe, tidak2 juwe ianya terletak di Dewan Belia Indera Mahkota yang berhampiran dengan Kolej Shahputra itew dan juwe kolam renang berirama rakyat di sitew pun ada berhampiran, silalah kunjung mengunjung sekiranya anda berada di Bandar Palma yaaaahhhh *macam DJ Radio pule?* 

Oh ye semalam yang amats amatslah membosangkang, ada ke patut tinggal pekerja2 saje yang tinggal di opis? bos2 seme nye gi ke KL dan Genting waaaaahhh hebak betul mereka2 itew. Ermmm bukannya nak ajok pekerja dia. Takpelah naseb baek semalam pon males nak bowat kijew tatapi tak mao duk bodow pule...ermmm kira 50-50 malas dan rajin juwe begitulah hari Jumaat semalam.

Oh ye untuk yayake dan 360 secara amnya ada lagi jamuan pada 31hb ini di rumah pei yeaaaahh jemput2 sila lah tambah lagi nasik tomato itew. "Ermm nak pakai baju cheongsam kew, ermm ke kebarong kew apa ek?"

p.s : tuning to youtube on James Morrison - Pieces Don't Fit Anymore



Thursday, May 22, 2008

Hari Ini Rileks Jew [-_-]




Pada pagi Subuh lebih kurang jam 5:43AM telefon kawan telah berbunyi menandakan Tok Ketua menelefon kawan bahawasanye Manchesstteeerrr UUUnniiiiteeedd!!! UNITED!!! UNIITEED!! telah pun berjaya menjadi johan liga juara (Champions League) wahahahahaha setelah berkurun lamanya semenjak tragedi di Munich, namun kini Man Utd telah mendapat perhatian bukan saje menang piala liga Inggeris malahan Liga Juara waaaahhh hebaknyeeee Manchester UNIITEEDD!!!

Ermm pada pagi ni rasa chill yang amat namun kawan kengantotkan di sebabkan mengeluarkan diri ketika malam semalam ke Kemamam Kopitiam yeaaaahhh. Tapi takpe berbaloi gak keluar sebab lama doh rasenye dok keluar lewat2 malam ni wahahahahaa. Oh ye di sebabkan kawan chill pada harini maka pembuatan keje2 itew sungguhlah "smooth" akan tatapi kawan di berikan tugas yang penting pada harini iaitu menjadi "tester" terhadap software Hotel Frontdesk System atau lebih di kenali sebagai HFS.

HFS adalah sistem kawalan mutu serangga eh silap mutu piawaian hotel bagi menjamin kesegaran ayam eh silap lagi juwe, ermm kira cam sistem untuk clerk di bahagian frontdesk @ reception. Kawan telah pun menge"test" dengan jaya nye walaupun baru peringkat awal namun disebabkan "chill" itew tadi kawan pun berjaya juwe menulis beberapa kesilapan mahupun meningkatkan prestasi software tersebut. Bukan sahaja prestasi tatapi keunggulan dan juga kualiti dan tidak lupa kesenangan pengguna menggunakan software itew.

Yeaaaahh bukan senang nak jadi tester, dan bukan senang nak jadi designer dan juga software tester wahahahahaha kawan bangga dengan diri sendiri namun tidaklah juwe riak ermmmmm *suara chill

Oh ye bagi sesiapa yang tidak tawu, pada 24hb ini ada majlis perkahwinan Bro Pei aka Croc.Cring di Dewan Belia Indera Mahkota. Kawan akan ke sana dengan baju yang indah lagi mempersona uuuuhhh.

Wednesday, May 21, 2008

Kehangatan Jalan Ke Moscow ( Road To Moscow is now hot! )



Kehangatan mulai di rasai oleh diriku dan peminat2 bolasepak yang meminati kelab perdana Inggeris iaitu tak lain dan tak bukan Manchessssteerrrr Uuuuuniiiiiteeeeddd!!!! UNITED!!! UNITEDD!!! tuum tuuumm!! *bunyi gendang daa dan juga chel..err amende? lupa plak nama kelab tu. Ermm pada pagi buta ini, maka bermulalah pertandingan akhir Mancheeeesstteerrr Uunniiiiiteeeedddd!!! UNITED!!! UNITEEED!!! tuumm tuuumm tuumm!!! *bunyi gendang lagi daa menentang errmm rasenye ingat kelab tu errrmm apa ek? maklum jelah kelab tak femes kan? ermm tapi tulah kawan bukan nye apa tapi rasenye kalo kelab tu dah professional pastu pemain2 plok hebat2 dari segi skil mahupun yang lain.

Rasenye takde masalah kerana Manchester United adalah calon utama dan pilihan utama untuk merangkul kejuaraan liga Champions League pada tahun ini wahahahahaa. Ada ke patut apa nama kelab tu lagi? adeh celak? eh bukan ermm ceput? eh apa daa yelah tak kisahlah ada ke patut incik Celtut itew bernafsu nak menang Champions League? ermm kawan rase takyoh lah nak megoh2 sedangkan Hotspur pun ada piala, ni kan pulok Manchester United. Ihsk ihsk ihsk, takyoh incik Celtut nak merangkul juara ek, tapi kalo musim depan bleylah kot tu pun kalo kitaorang bagi peluang lah kan? Ermmm apa yang pasti, pagi ini aku kompiden bahawasanye Manchester United boleh jadi juara bagi tahun ni.

p/s : Untuk peminat2 incik Celtut sila lah amik tisu kotak kerna anda memerlukannya untuk mengesat air mata anda wahahahaha.

Tuesday, May 20, 2008

Hari Selasa Yang Toye



Oh ye harini hari bekerja bagi semua umat manusia di Malaysia, di Bandar Palma secara amnye. Harini je keje dah mulai "rushing" akibat dateline yang begitu hampir kepada bulan Jun. Ya Allah sabor jelah, kalo nak rushing pun meh le information yang hendak di berikan kepada diriku ini dok, duk congok duk main2 mende toh?

Pastu harini alhamdulillah kawan terselamat daripada kecelakaan, The damnation starts when I just head to my home for solath Zuhur then one "mamat" slam on backside of my bike. Totally damnation lah!! Why and how you learn to drive huh? Cuba fikirkan, kalo roundabout kan biasa kita tengok belah mana? Belah kanan kan? Ada tak belah terus @ kiri? Apa raaa!! Tengok mamat tu cam gabra satu hal pastu rushing giler nak jumpa wife, orang lain pun rushing gok tapi tadoklah rushing sampai nak maroh2 aku haa. Ada ke patut dia bley maroh kat kawan plok? Ihskk kita dah ikut peraturan dia plok bley maroh kat kita.

Tapi satu jelah klo kita rasa kita tak salah, kita buat selambe je dan jujur mahupun chill insyaAllah berani kerana benar. Haaa gitulah kawan nak citer, tatapi Alhamdulillah kawan tadok apa2 mungkin calor2 kat motor jew ermm baru je servis motor kawan tu, tapi tulah yang penting diri kita ye dok? Alhamdulillah Syukran Jazillah. Ermm lenkali klo kat roundabout tu tengoklah beloh kanan dulu ye incik ermm takpelah kali ni saya maafkan ok.


Sunday, May 18, 2008

Lotus Five Star Cinema di Kuantan

Bagi peminat2 wayang ataupun filem, kunjungi Lotus Five Star cinema yang mempunyai 5 buah cineplex serta kerusi yang empuk mahupun popkong yang enak di makan. Serta harga yang kompetitif mampu menambat serta menandingi pawagam lain yang setaraf dengannye.

Hari semalam yakni malam semalam kawan menonton filem The Chronical of Narnia Prince Caspian, di Lotus Five Star cinema memang sedap dari segi tempat duduk nye mahupun ekong nye (air-cond) dapat pula duduk di penhujung dunia biarpun di tepi tapi skrin masih dapat di lihat mahupun menghayati subtaitel nye itew.

Kawan bukanlah nak review atau beri komen pasal movie itew, tatapi pasal pawagam berkenaan. Sesiapa yang ingin menonton wayang dan juga kerusi yang sedap kita duduk sepanjang filem di tayang kawan syorkan tengoklah kat Lotus Five Star Cinema memang puas hati. Sebelum ni tengok dekat GSC, dalam 1/2 jam jew dah panas buntut kawan ni haa tu pun kalo bley duduk dengan senangnye. Tapi kira di Bandar Palma skang ni baguslah ada persaingan sihat dan mungkin tak lama lagi di ECM @ East Coast Mall , kemungkinan TGV akan di buka. Kawan dok kisoh cuma kalo seat dok best baiklah tengok kat Lotus Five ni je.

Oh ye, Lotus Five Star Cinema terletak di salah sebuah komplek membeli belah yang di anggap lagenda di Bandar Palma iaitu kompleks Teruntum. Di harap Kompleks Teruntum akan kembali ceria sepertimana dahulu kala insyaAllah. So untuk penggemar movie @ filem kunjungi Lotus Five Star cinema sekiranya anda inginkan kelainan mahupun nostalgia di Kompleks Teruntum, I'm chill.

Saturday, May 17, 2008

Hari Ahad yang Best sesuai untuk Chill

Harini hari Ahad yang begitu murni bagi merehatkan diri dan minda anda, sebagai seorang penduduk di Bandar Palma serta rakyat Malaysia / Zimbabwe / Palestin / mahupun berstatus sederhana di segilintir Wales dan juga Scotland saya merasakan kita patut meraikan hari Ahad dengan singgah ke Teluk Chempedak (TC), tetapi itu dulu sekarang lain rasenye.

Kawan rase hari Ahad ni bukan TC jew femes nye, kerne byk lagi tempat2 yg menarik untuk tarikan pelancong dari dalam mahupun di luar. Kalo kawan perhatikan kat Pekan pun ada pantai dan sungai, sungai pahang lagi taw uuuh. Pastu kat belah2 Felda Panching tu ada air terjun panching yang mana mampu mengeluarkan janakuasa elektrik sebanyak 15,000 kilowatt. Tetapi itu hanyalah rekaan semata-mata bukanlah realiti itew fiksyen jew wahahahah.

Tatapi kawan betul2 rekemen supaya gi ke Air Terjun Panching hujung2 minggu ni, bawaklah gepreng, boypreng, somi dan isteri terchenta itew serta ahlil keluarga yang lain.  

Begitu juwe dengan Pantai Sepat, sungguh indah permandangan dengan di hiasi mek2 ganu serta lembu2 yang menawan yang mampu menambat serta meleka kan mata kita. Uuuh Bandar Palma sesuai untuk muuuungg.

Friday, May 16, 2008

Oh East Coast Mall aka ECM

ECM atau lebih di kenali dengan nama East Coast Mall salah satu tarikan baru di Bandar Palma dibina oleh Jasa Imani dan juga Pasdec Corporation, ianya merupakan salah satu pusat membeli belah yang berkonsepkan masyarakat majmuk.

Pelbagai kedai yang di dapati di sini seperti Padini, MNG, Quiksilver, SASA, Parkson, Carrefour, dan lain-lain lagi. Sememangnya jika korang berkenan nak datang ke sini datanglah ke ECM untuk mengalami suasana yang berbeza daripada pusat membeli belah yang lain seperti Megamall Kuantan dan juga Kuantan Parade.

Mungkin ianya masih baru bertapak tapi kemunculannya cukup pedas pedas pedaaasss. Sorry takde gambar tapi korang bley surf kat sini untuk maklumat berikutnye.

http://www.eastcoastmallkuantan.com.my

p/s : I Love My Bandar Palma

Thursday, May 15, 2008

Perasmian Blog Bandar Palma 360 dan juga meeboo / isyamuddin dan berikutnye

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sebabkan semua ahli2 360 dah berpindah disini maka aku pong buat gok lah lembaran baru kat sini, ni pun di sebabkan aku taknak ketinggalan zaman maklum jelah tak best kan klo kita duk bawoh je wahahahaha. Dan aku ingin gok mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tok Ketua dan juga AJK Yayake serta jawatankuasa serta ahli2 yang lain. ADUN 360 Bandar Palma mengucapkan selamat maju jaya dan semoga kita di panjangkan usia dan boleh kita berjumpa lagi di masa depan Amin.

Dengan ini, saya melafazkan Bismillahirahmanirrahim dan dengan kuasa Allah SWT saya dengan bangganya merasmikan blog tak rasmi bagi ADUN 360 Bandar Palma. *Korang Tepuk Tangan* Alhamdulillah maka dengan perasmian ini semoga dapatlah saya menghapdet berita serta apa yang "happening" ataupun yang "chill" di Bandar Palma ini. Sekian Terima Kasih.