Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 10, 2013

Keluarga Generasi Sandwich


Keluarga Generasi Sandwich

Wak Lanang menerima RM 1,000 sebulan, sumbangan kolektif dari 5 orang anaknya.”

5 orang anak Wak Lanang ini dikenali sebagai keluarga generasi sandwich.
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Banci Penduduk Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan 1 dari 4 keluarga di kota tergolong dalam generasi ini.
Tuan puan yang berusia 30 tahun di atas di Malaysia, atau barangkali seawal usia 25 tahun kebanyakannya termasuk ‘keluarga generasi sandwich’. Iaitu generasi yang terpaksa membahagikan pendapatan mereka kepada 3:
1) Untuk diri sendiri
2) Untuk ibu bapa
3) Untuk anak-anak
Ada sebahagiannya, membahagikan pendapatan juga untuk datuk nenek atau adik beradik.
Keadaan telah berubah sebab itu generasi ini wujud. Misalnya ada di kalangan pesara cuma mendapat pencen sekitar RM 900 sahaja. Dulu masa baru pencen ok, tapi sekarang? Sedangkan jangka hayat rakyat Malaysia semakin panjang.
Begitu juga perbelanjaan pendidikan anak-anak. Dulu kebanyakan kita hanya masuk pendidikan pra sekolah ketika umur 6 tahun. Sekarang seawal usia 3 tahun kita dah hantar ke sekolah-sekolah pra sekolah yang terkemuka. Selepas itu anak-anak ini ada yang dihantar ke sekolah swasta. Ini belum kira kos pendidikan sehingga ke universiti.
Susulan dari kajian ini Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mencadangkan kepada pihak kerajaan melalui Ketua Pengarahnya Datuk Aminah Abdul Rahman :
Saiz isi rumah keluarga di Kuala Lumpur yang rendah iaitu purata empat orang setiap keluarga turut menyebabkan beban untuk menjaga ibu bapa mereka terpaksa dikongsi jumlah anak yang sedikit.
Beliau berkata, situasi itu akan menjadi lebih serius dan membimbangkan terutama bagi pasangan muda yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menguruskan keperluan anak dan ibu bapa serentak.
“Cabaran itu tidak boleh diambil ringan kerana tuntutan keluarga dan kerjaya memberi tekanan emosi dan mental sekiranya khidmat sokongan keluarga tidak disediakan pihak berwajib,” katanya kepada pemberita selepas taklimat Dasar Keluarga Negara di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi LPPKN, Tan Sri Napsiah Omar.
Sehubungan itu, Aminah menyarankan kerajaan supaya menyediakan khidmat sokongan lebih komprehensif seperti mempermudahkan peraturan bagi pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas, selain mengkaji semula dasar yang tidak mesra keluarga di tempat kerja.
Katanya, semua dasar kerajaan berhubung isu kekeluargaan perlu diambil kira dalam setiap perancangan dan pembangunan bagi memperkasakan ketiga-tiga generasi keluarga sandwich itu. (Berita Harian, 30 Jun 2011)
di petik daripada blog saudara Pak Di