Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

Lara Croft : Tomb Raider (2013)

Evolusi industri permainan elektronik ataupun video game sudah semestinya berkait-rapat dengan pelbagai unsur tak kiralah dari segi umur, jantina dan juga genre nya.

So apa kaitan nya dengan terjemahan nya (video game) ini? takde apa cuma nak review game terbaru iaitu Tomb Raider (2013) , jadi apa patut kita mulakan?

Jalan Cerita (storyline)
Apa kata jalan cerita nya? so setakat yang aku tahu Lara Croft ni adalah seorang pengembara dan merupakan pemburu artifak terkemuka lah. Di jadi kan cerita mereka (sebab ramai) merantau ke satu tempat tetapi di mamah oleh lautan yang buas, akibat daripada itu mereka semua telah di hanyutkan ke sebuah pulau (tak ingat).
Di pulau ini, Lara Croft (LC) hanya berjumpa dengan rakan2 nya sekejap je, daripada situ bermula lah aktiviti pengembaraan LC, nak kata jalan cerita tak sedap? aku rasa macam movie pun ada macam game pun ada so game berkonsep kan movie dan ada aksi pelbagai. Jadi apakah genre nya? sudah tentulah action adventure menjadi jawapan nya.
Prestasi game ini agak maju dan boleh di katakan amat2 di percayai kebolehan nya ketika game ini di ambil alih oleh pihak Square Enix yang "femes" dengan game francais Final Fantasy  


Grafik
Grafik nya amatlah cantik dan sekiranya anda semua di luar sana mempunyai grafik kad yang mempunyai kuasa ataupun prestasi tinggi (high-end) mungkin akan mendapat lebih efek yang bernas, aku pakai radeon 5570 je tapi grafik nya amatlah luarbiasa (kata doc.Ali)



Bunyi
Dari segi bunyi, aku punya sistem tidak di lengkapi dengan sound blaster ataupun creative labs sound tetapi bunyi nya memang superb dan mantap, seolah-olah berapa di dalam ceritanya dan akibat daripada efek ini aku rasa macam aku ke LC ni? aku ke yang memanah tadi? kira sedap lah di telinga aku ni. 


Kesimpulan
Aku tak banyak review kan? ermm nak buat camne? aku duk pejabat lagi ni so payah nak karang yang cute2 yang molek2 dan lawa2 ayat nye eeee nyampah hohohohohoo. so kesimpulan nya senang je, game tomb raider (2013) ni boleh lah aku samakan dengan far cry 3 pasai pa hang kata camtu? pasai gini dik non; dia sangkut kat pulau and then dia nak fight / cari kawan / keluar dari pulau so cam far cry 3 lah kan? 
 Lagi satu game ni, kadang2 misi dia terlalu sempoi beb! entahlah? nak kata aku ni hardcore gamer ye gak tapi dan masalah nya game ini boleh di katakan tak teruk sangat lah nak berfikir ataupun tensen beria-ria sebab nak pass level tu ataupun area tu, kira boleh tahan lah level konsentrasi korang nanti. Aku dah main game ni kira dah 3 hari tu pun 45% je abes. Mungkin seminggu lah gak takpun hari minggu abes dah game ni, pasai pa? aku kan bapak budak so kenalah adil dan saksama terutama nya famili aku dan juga agama ku. Sesungguhnya islam itu adalah pilihan ku kerna game ini bukanlah penentuan di akhir nanti hehehehehehe. So ingat game , ingatlah Allah supaya anda tidak leka. Main game boleh tapi janganlah sampai leka dan lalai. ok lah korang aku ciao dan end this review ( yeke? ) ermm abes lah kot hhohohohohoho.

No comments: