Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 7, 2013

Suku Sakat Raja Lanun Community (SSRLC)

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang tak kenal siapa itu rajalanun? ataupun SSRLC? apa kemende nye tu wok? ahaa harini aku nak kongsikan sedikit je ok, nak kupas tak banyak tapi sedikit sahaja. So SSRLC ini adalah komuniti yang bermaksud kreatif dan kelompok daripada Malaysia amnya Pahang (Kuantan) lah.

SSRLC ini mewujudkan ruang kreativiti di kalangan warga jurufoto, pereka(designer), dan lain lain lagi. Harap mereka adalah menjadi platform komuniti ini seperti ala-facebook tetapi berteraskan kritikan dan mungkin juga penambahan maklumbalas terhadap sesuatu kes ataupun artwork.

Rajalanun adalah merupakan pengasas gezzeg photography di mana di tukarkan milikan* (tidak pasti) dan sehingga kini beliau masih lagi aktif di dalam jurufoto tetapi didalam bidang stok. Bidang stok ataupun photo stock adalah trend terkini yang beliau wujudkan satu forum ataupun page di facebook mereka. Page yang di namakan sebagai "e-stockers" milik tunggal oleh rajalanun bagi membantu jurufoto dan juga perekacipta untuk berjaya mendapat hasil. 

SSRLC telahpun berjaya menempatkan beberapa artis yang di kenali di sekitar Kuantan dan mungkin juga di Kuala Lumpur. Namun tidak ramai yang mengenali komuniti ini, mungkin faktor masa ataupun promosi yang agak hambar daripada yang berkenaan. Tetapi apakan daya mereka? mereka pun mempunyai komitmen tersendiri dan juga karier yang lain. Acapkali aku mengatakan kenapa mereka ini tidak aktif? ataupun tidak mahu langsung terlibat di dalam komuniti ini? jadi aku mewujudkan satu poster cabaran kepada saudara rajalanun ataupun Encik Ahmad Ghazali. Demikian dengan poster cabaran ini seperti tertera di bawah ini mungkin saudara2 nya akan turut terasa tercabar, jadi siapa yang makan cili dialah akan rasa cili nya.

bulih di lihat penuh sekiranya kao menekan nya.


Baiklah sebelum mengakhiri perbincangan yang kontroversi ini, aku takde apa2 kaitan pun cuma pernah mengikuti perkembangan mereka kerana mereka mampu mengubah fotografi ini kepada yang lebih "cun" kata orang tu. Jadi fikir-fikirkan lah ye!

* Kepada rajalanun jangan marah aah, nama pun poster cabaran jadi bangkit phoenix anda hohohohohohoooooo

No comments: