Kepada semua pengunjung setia dan juga pembaca blog bandar palma ini, ingin aku mengupas serta menanyakan pendapat awok2 semua di ruang siber itu untuk perihal seperti ini.
Aku nak kata lama berkecimpung didalam fotografi ini, tak la lama tapi bermula dari bangku sekolah lagi iaitu sekolah menengah dan tak silap tingkatan satu atapun dua. Sejarah yang lama, di mana abah ku seorang hobi tegar nya mengambil gambar menggunakan SLR (single-lens reflex) yang menggunakan filem (negatif) sebagai medium nya, bukan seperti sekarang ini macam2 ada dengan wujudnya DSLR (digital single-lens reflex), compact, mirrorless dan sebagainya.
Nak kata aku ni hebat ermm tak gak lah, dan nak kata aku ni berpelajaran di dalam ilmu fotografi tak juga lah. So aku ni kategori yang macam mana? boleh lah korang anggap aku ni sebagai self-literate(self-though) photographer. Kira pengalaman aku hanya berpandukan buku dan juga daripada orang2 yang lain sebagai contoh abah aku lah. Jadi sekarang ini aku bukan nya nak berleter ataupun bercerita pasal sejarah fotografi ku tetapi nak tahu karier jurufoto gambar sekarang ini.
Kita semua sedia maklum zaman sekarang ini memang sudah canggih, dengan pelbagai teknologi dan gajet yang terjual mudah, tak kiralah di talian (online) ataupun kedai fizikal. Ini bukanlah satu kejutan yang menjadi kejutan apabila barangan ini mudah di jual, maka ramailah yang membeli dan apabila ramai yang membeli makin ramai lah yang menggunakan; simple kan?
So apabila ramai yang menggunakan nya apakah yang akan mereka gunakan? maksudnya jika awok2 beli DSLR D90 (nikon) lah kan dengan berharga RM2000++ complete kit. So apa yang akan awok2 gunakan DSLR itu? Adakah anda akan menggunakan nya sekadar hobi? alasan anda mampu daripada terdaya? anda memang nak beli DSLR? ataupun bagaimana? Sukar untuk aku perjelaskan situasi yang mungkin tak ramai dan mampu lihat. Ok katalah seorang jurugambar professional yang sedia membeli sebuah DSLR high-end yang berharga sekitar RM10K ke atas kemungkinan (besar) akan menggunakan mengikut bisnes yang dia akan terajui. Jadi saya rasa bertepatan dengan apa yang di jiwai oleh beliau.
So sekiranya anda dan awok2 di luar sana yang mempunyai DSLR tak kira lah harga nya berapa, apakah keputusan anda untuk menjawab soalan aku ni? soalan nya :-
APAKAH YANG AWOK LAKUKAN PADA DSLR TU?
Cuma nak di jadi kan cerita, aku pernah membeli sebuah DSLR yang lengkap. Di mana boleh lah di anggap sekadar hobi dan masa itu aku mampu membeli DLSR itu kerana harga nya yang berpatutan. Aku menggunakan DSLR itu selama 2 tahun dan penggunaan nya seperti sepupu aku kahwin aku amik, dan kemudian lanskap di kuantan (bandar palma) pun telah aku sematkan di Flickr tu. Kira selama mana aku gunakan DSLR tu aku berpuas hati. Jadi sesiapa yang boleh menjawab soalan ku itu, boleh membalas nya di ruangan / kolum di komentar di bawah ini ye. Sekian dan harap maklum.
Sedikit imej / gambar daripada Flickr ku :-
Pejabat Pos Kuantan (Besar) |
No comments:
Post a Comment