Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

Lara Croft : Tomb Raider (2013)

Evolusi industri permainan elektronik ataupun video game sudah semestinya berkait-rapat dengan pelbagai unsur tak kiralah dari segi umur, jantina dan juga genre nya.

So apa kaitan nya dengan terjemahan nya (video game) ini? takde apa cuma nak review game terbaru iaitu Tomb Raider (2013) , jadi apa patut kita mulakan?

Jalan Cerita (storyline)
Apa kata jalan cerita nya? so setakat yang aku tahu Lara Croft ni adalah seorang pengembara dan merupakan pemburu artifak terkemuka lah. Di jadi kan cerita mereka (sebab ramai) merantau ke satu tempat tetapi di mamah oleh lautan yang buas, akibat daripada itu mereka semua telah di hanyutkan ke sebuah pulau (tak ingat).
Di pulau ini, Lara Croft (LC) hanya berjumpa dengan rakan2 nya sekejap je, daripada situ bermula lah aktiviti pengembaraan LC, nak kata jalan cerita tak sedap? aku rasa macam movie pun ada macam game pun ada so game berkonsep kan movie dan ada aksi pelbagai. Jadi apakah genre nya? sudah tentulah action adventure menjadi jawapan nya.
Prestasi game ini agak maju dan boleh di katakan amat2 di percayai kebolehan nya ketika game ini di ambil alih oleh pihak Square Enix yang "femes" dengan game francais Final Fantasy  


Grafik
Grafik nya amatlah cantik dan sekiranya anda semua di luar sana mempunyai grafik kad yang mempunyai kuasa ataupun prestasi tinggi (high-end) mungkin akan mendapat lebih efek yang bernas, aku pakai radeon 5570 je tapi grafik nya amatlah luarbiasa (kata doc.Ali)



Bunyi
Dari segi bunyi, aku punya sistem tidak di lengkapi dengan sound blaster ataupun creative labs sound tetapi bunyi nya memang superb dan mantap, seolah-olah berapa di dalam ceritanya dan akibat daripada efek ini aku rasa macam aku ke LC ni? aku ke yang memanah tadi? kira sedap lah di telinga aku ni. 


Kesimpulan
Aku tak banyak review kan? ermm nak buat camne? aku duk pejabat lagi ni so payah nak karang yang cute2 yang molek2 dan lawa2 ayat nye eeee nyampah hohohohohoo. so kesimpulan nya senang je, game tomb raider (2013) ni boleh lah aku samakan dengan far cry 3 pasai pa hang kata camtu? pasai gini dik non; dia sangkut kat pulau and then dia nak fight / cari kawan / keluar dari pulau so cam far cry 3 lah kan? 
 Lagi satu game ni, kadang2 misi dia terlalu sempoi beb! entahlah? nak kata aku ni hardcore gamer ye gak tapi dan masalah nya game ini boleh di katakan tak teruk sangat lah nak berfikir ataupun tensen beria-ria sebab nak pass level tu ataupun area tu, kira boleh tahan lah level konsentrasi korang nanti. Aku dah main game ni kira dah 3 hari tu pun 45% je abes. Mungkin seminggu lah gak takpun hari minggu abes dah game ni, pasai pa? aku kan bapak budak so kenalah adil dan saksama terutama nya famili aku dan juga agama ku. Sesungguhnya islam itu adalah pilihan ku kerna game ini bukanlah penentuan di akhir nanti hehehehehehe. So ingat game , ingatlah Allah supaya anda tidak leka. Main game boleh tapi janganlah sampai leka dan lalai. ok lah korang aku ciao dan end this review ( yeke? ) ermm abes lah kot hhohohohohoho.

Tuesday, March 26, 2013

Kije Banyok lah!

Assalamualaikum,


Aku terlambat lagi nak post blog aku ni adeh, bukan apa cuma kesibukan melanda di sebabkan pemangku cuti sakit (MC) dah masuk beberapa minggu dia cuti ni, kira tekanan tu wujud mana2 tapi di pihak aku ni ermm biasa2 lah.

Tak lama lagi nak antor buku laporan plak adeh, naseb baik bukan aku yg design buku laporan tu. cuma penyelaras dia je. Ermm mungkin AGM/ Mesyuarat Agung Tahunan akan di buat pada bulan Mei / Jun 2013 ini. Tapi takpelah harapan aku adalah pada boboboboboboboooooo...boi hohohohoh klo anda faham apa itu boboboi. Skang ni masalah seperti kewangan memang bley di kontrol cuma mana klo tak mampu jangan lah ngade2 nak membeli ataupun menanggung hutang sediada.



Aku harap tahun ni dapatlah aku beli sebuah rumah untuk keluarga aku, dah tak daya aku tengok harga rumah yang melambung-lambung cam belon aku tengok. jap murah jap mahal jap murah jap murah lagi, tp area kuantan ni aku tengok cam 145K ke atas yang bley di katakan "average" lah.

So korang doakan lah agar aku dan keluarga aku dapat membeli sebuah rumah yang bermastautin di kuantan ni haa, harapan aku biarlah loan rumah tu lulus dan kemudian aku dapat bayar bulan2. in sya Allah.

Orait jumpa lagi in sya Allah akan update dalam masa terdekat. ciao!

Sunday, March 17, 2013

Salah seorang peserta yang menjadikan kad kredit sebagai design nya. iaitu cheechingy

Memang terselah design nya, kerana mungkin beliau adalah designer yang tersohor dan menyahut seruan cabaran daripada nuffnung. Adalah terkejut "beruk lagi" apabila design nya itu adalah tersangat lah lawa, terus aku tak jadi buat design hohohoho ekceli takde masa cuma nak blog ada lah sket2 kan kan?

So klo nak tengok blog dia bley la ke blog/website nya iaitu :-

http://www.cheechingy.com/

contoh gambar :-




Thursday, March 14, 2013

Aku nak marah!

aku saje je buat mende ni terutama di kala perasaan gusar dan nak marah, nak kata aku ni makan gaji buta tapi aku ikhlas buat keje tapi korang tu yang tak nampak aku buat keje korang maki kat aku kan? aku bley terima lagi. tetapi bila aku dah buat keje tapi korang cam tak hargai aku bley terima lagi. tetapi aku nak marah kenapa mende kecik pun korang nak besarkan? ko nama je ada sijil pelbagai, tapi perangai cam jubo! orang lain bermati-mati nak cari rezeki tapi ko mengharap ko bley dapat lebih lagi rezeki. takpe lah aku tak kisah. cuma kenapa benda yang kecil macam tu ko tak dapat settle? aku rasa ko bukan pro pun, nama je hebat dan ramai kenalan besor tapi kepala je aku rasa besor perangai cam jubo.





Thursday, March 7, 2013

Suku Sakat Raja Lanun Community (SSRLC)

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang tak kenal siapa itu rajalanun? ataupun SSRLC? apa kemende nye tu wok? ahaa harini aku nak kongsikan sedikit je ok, nak kupas tak banyak tapi sedikit sahaja. So SSRLC ini adalah komuniti yang bermaksud kreatif dan kelompok daripada Malaysia amnya Pahang (Kuantan) lah.

SSRLC ini mewujudkan ruang kreativiti di kalangan warga jurufoto, pereka(designer), dan lain lain lagi. Harap mereka adalah menjadi platform komuniti ini seperti ala-facebook tetapi berteraskan kritikan dan mungkin juga penambahan maklumbalas terhadap sesuatu kes ataupun artwork.

Rajalanun adalah merupakan pengasas gezzeg photography di mana di tukarkan milikan* (tidak pasti) dan sehingga kini beliau masih lagi aktif di dalam jurufoto tetapi didalam bidang stok. Bidang stok ataupun photo stock adalah trend terkini yang beliau wujudkan satu forum ataupun page di facebook mereka. Page yang di namakan sebagai "e-stockers" milik tunggal oleh rajalanun bagi membantu jurufoto dan juga perekacipta untuk berjaya mendapat hasil. 

SSRLC telahpun berjaya menempatkan beberapa artis yang di kenali di sekitar Kuantan dan mungkin juga di Kuala Lumpur. Namun tidak ramai yang mengenali komuniti ini, mungkin faktor masa ataupun promosi yang agak hambar daripada yang berkenaan. Tetapi apakan daya mereka? mereka pun mempunyai komitmen tersendiri dan juga karier yang lain. Acapkali aku mengatakan kenapa mereka ini tidak aktif? ataupun tidak mahu langsung terlibat di dalam komuniti ini? jadi aku mewujudkan satu poster cabaran kepada saudara rajalanun ataupun Encik Ahmad Ghazali. Demikian dengan poster cabaran ini seperti tertera di bawah ini mungkin saudara2 nya akan turut terasa tercabar, jadi siapa yang makan cili dialah akan rasa cili nya.

bulih di lihat penuh sekiranya kao menekan nya.


Baiklah sebelum mengakhiri perbincangan yang kontroversi ini, aku takde apa2 kaitan pun cuma pernah mengikuti perkembangan mereka kerana mereka mampu mengubah fotografi ini kepada yang lebih "cun" kata orang tu. Jadi fikir-fikirkan lah ye!

* Kepada rajalanun jangan marah aah, nama pun poster cabaran jadi bangkit phoenix anda hohohohohohoooooo

Wednesday, March 6, 2013

Karier Jurugambar (photographer)

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung setia dan juga pembaca blog bandar palma ini, ingin aku mengupas serta menanyakan pendapat awok2 semua di ruang siber itu untuk perihal seperti ini.

Aku nak kata lama berkecimpung didalam fotografi ini, tak la lama tapi bermula dari bangku sekolah lagi iaitu sekolah menengah dan tak silap tingkatan satu atapun dua. Sejarah yang lama, di mana abah ku seorang hobi tegar nya mengambil gambar menggunakan SLR (single-lens reflex) yang menggunakan filem (negatif) sebagai medium nya, bukan seperti sekarang ini macam2 ada dengan wujudnya DSLR (digital single-lens reflex), compact, mirrorless dan sebagainya.

Nak kata aku ni hebat ermm tak gak lah, dan nak kata aku ni berpelajaran di dalam ilmu fotografi tak juga lah. So aku ni kategori yang macam mana? boleh lah korang anggap aku ni sebagai self-literate(self-though) photographer. Kira pengalaman aku hanya berpandukan buku dan juga daripada orang2 yang lain sebagai contoh abah aku lah. Jadi sekarang ini aku bukan nya nak berleter ataupun bercerita pasal sejarah fotografi ku tetapi nak tahu karier jurufoto gambar sekarang ini.

Kita semua sedia maklum zaman sekarang ini memang sudah canggih, dengan pelbagai teknologi dan gajet yang terjual mudah, tak kiralah di talian (online) ataupun kedai fizikal. Ini bukanlah satu kejutan yang menjadi kejutan apabila barangan ini mudah di jual, maka ramailah yang membeli dan apabila ramai yang membeli makin ramai lah yang menggunakan; simple kan?

So apabila ramai yang menggunakan nya apakah yang akan mereka gunakan? maksudnya jika awok2 beli DSLR D90 (nikon) lah kan dengan berharga RM2000++ complete kit. So apa yang akan awok2 gunakan DSLR itu? Adakah anda akan menggunakan nya sekadar hobi? alasan anda mampu daripada terdaya? anda memang nak beli DSLR? ataupun bagaimana? Sukar untuk aku perjelaskan situasi yang mungkin tak ramai dan mampu lihat. Ok katalah seorang jurugambar professional yang sedia membeli sebuah DSLR high-end yang berharga sekitar RM10K ke atas kemungkinan (besar) akan menggunakan mengikut bisnes yang dia akan terajui. Jadi saya rasa bertepatan dengan apa yang di jiwai oleh beliau. 

So sekiranya anda dan awok2 di luar sana yang mempunyai DSLR tak kira lah harga nya berapa, apakah keputusan anda untuk menjawab soalan aku ni? soalan nya :-

APAKAH YANG AWOK LAKUKAN PADA DSLR TU?

Cuma nak di jadi kan cerita, aku pernah membeli sebuah DSLR yang lengkap. Di mana boleh lah di anggap sekadar hobi dan masa itu aku mampu membeli DLSR itu kerana harga nya yang berpatutan. Aku menggunakan DSLR itu selama 2 tahun dan penggunaan nya seperti sepupu aku kahwin aku amik, dan kemudian lanskap di kuantan (bandar palma) pun telah aku sematkan di Flickr tu. Kira selama mana aku gunakan DSLR tu aku berpuas hati. Jadi sesiapa yang boleh menjawab soalan ku itu, boleh membalas nya di ruangan / kolum di komentar di bawah ini ye. Sekian dan harap maklum.

Sedikit imej / gambar daripada Flickr ku :-

Pejabat Pos Kuantan (Besar)



Monday, March 4, 2013

What is time-lapse?

Ada yang tahu dan ada sesetengah tidak tahu mengenai time lapse jadi aku pun buat lah poster yang sedemikian bagi menaiikan aroma rasa kan?

Sila klik bagi resolusi yang besar

Ingin Mereka Kredit Kad?

Assalamualaikum,


Tujuan aku nak post harini adalah menyampai dan juga mempromosikan pertandingan merekacipta kad kredit bukan dari segi bentuk kredit kad tapi lebih kepada layout design bagi kad kredit berkenaan.  Di bawah aku serba sedikit mengenai pertandingan itu tapi ini hanyalah copy and paste ok.

=================================================================================

Are you feeling inspired, artistic or creative? If you’ve always wanted to see your design pop up and be recognized all over the world, then you’ll want to keep reading for an opportunity of a lifetime!


For all you know, you can be walking away with a brand new Macbook Pro with Retina Displayworth RM4,599 or 2 x iPad Mini(s) 16GB worth RM999 each! And best of all, the brand newCredit Card will feature YOUR design when you come up with the best design of all!
You’ve definitely read that right, your amazing design could be featured onto the new Credit Card for everyone to keep and everyone will come to recognize you!
To get your chance at fame (and maybe fortune), all you have to do is to follow the instructions below:
1. Create a design that you think is best featured on the new Youth Credit Card and save it in a.jpeg format at a maximum of 10MB. Follow the dimensions given below.
MINIMUM dimension for the design:
2,022px (width) x 1,275px (height)

OR

21.06 inches (width) x 13.28 inches (height)

2. Blog the concept behind your design and give your new Youth Credit Card a rocking name! For example, perhaps maybe ‘Swipe n’ Swag‘?
3. Submit your blog post (Credit Card name and Design) using the form below.
4. Deadline to submit your design and entries is 17th of March 2013 (Sunday)!
5. The top three(3) designs chosen by an internal panel of judges will be walking away with:

Grand Prize: Macbook Pro with Retina Display worth RM4,599

2 x Consolation Prizes: iPad Mini(s) 16 GB worth RM999 each
=================================================================================

Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk ke blog nuffnung untuk mengisi borang dan juga bertanya mengenai hal ini dan sekiranya anda berminat. Sila klik di sini.

** Nak join tetapi tiada idea, maklum jelah nak kata berkarat ada lah minyok nye te tapi hohohooho lama gak lah tak berkarya. adeh.