Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 26, 2008

Game Review : Need For Speed Undercover (NFSU)




Need For Speed Undercover (NFSU)

.: Sepertimana tajuk kecil di atas aku memang dari budak2 sampailah sekarang ni berkecimpung dengan bermain video game, oleh yang berkenaan skang ni aku nak review sket pasal NFSU ni. Klo ada sesiapa yang tahu pasal game ni, mesti dia expert dan fanatik dengan game genre racing ni. NFSU adalah merupakan game yang popular di bangunkan oleh EA Black Box dan di edarkan oleh Electronic Arts (EA) . 

Game NFSU ni adalah merupakan siri yang ke 12 dalam banyak2 tajuk game sebelum ni, takkanlah korang tak pernah main game2 need for speed sebelum ni? Dalam game NFSU terbaru ni, macam2 pilihan yang bley kita buat. Sebagai contoh lah kan, Cops n Robbers *konsol tertentu & pc sahaja* adalah mode talian di mana kita bley main ramai2 lah kan, samada kamu mau jadi polisi ataupun pencapek? eh bukan2 yelah2 bley lah tu. Kira mana2 korang bley feel lah nak jadi apa masa tu. Pastu macam biasalah mode Sprint , Circuit seme tu bley di dapati samada di dalam Career ataupun Online mode ataupun Split Screen. Mao dan tak mao, game ni adalah campuran dan sangat2 obiyes dengan Most Wanted & Hot Pursuit. Walhal kenapa pula diorang takmao buat drift challenge? ataupun drag? semenye pakai trek je? ihskk kot2 ye pon buat lah drift tu takkanlah nak lawan polis je? Tapi takpe tu sebenarnye bukanlah kecacatan mahupun keburukan bagi NFSU ini.

NFSU turut mengunakan khidmat cemerlang daripada pelakon seperti Maggie Q, Christina Millian dan ramai lagi yang femes2. Game ni menceritakan pasal seorang polis yang terpaksa berlakon menjadi penjenayah di Tri-City, bukan tu je kita terpaksa mendapatkan status penjenayah yang terbilang mahupun gemilang demi mendapatkan informasi dan juga menutup kes jenayah terbesar di Tri-City itew. 

Terdapat perbezaan dari segi konsol yang ada di pasaran mahupun PC, seperti konsol PS2 hanya mempunyai lebih kurang 30 atau 40 buah kereta sahaja berbanding 55 buah kereta bagi konsol yang lain. Ni yang fedap ni, bila nak beli PS3 ni? adeh! Takpe berbalik semula pada NFSU kita. Ok skang aku nak bercakap sket perasaan aku bila bermain NFSU ni, well pada permulaan macam biasalah sebab dah lama tunggu NFS ni keluar ke pasaran. Pastu aku kaget? kenapa aku kaget? sebab memang banyak fungsi dia dan pada mulanya korang akan konfius dengan interface dia dan kemudian korang akan mungkin rasa kecewa sket dengan fungsi control nye. Bukan apa aku tak bley nak customize tu dah satu kecacatan dah. Pastu learning curve lah kan, aku rase mana2 genre racing paling busuk bley terer dalam 15 hingga 30 minit je bley lamsam.Ada yang lagi cepat pon ada gak! Paling lama aku rasa 1 jam ler takkan 1 hari kot? Pastu dari segi grafik yelah aku guna PS2 je, so pemprosesan dia memuas hati aku sekiranya aku nak tunggu le. Klo menggunakan PS3 , XBOX360 ataupun PC aku rase mungkin lebih cepat kot? Tapi better guna PC yang power klo nak main NFSU ni dengan kaw2.

Apa lagi ek aku tak puas hati dengan NFSU ni? ermmm takat ni aku tak jumpa lagi apa2 yang aku tak puas hati. Mungkin kena khatam dlu baru aku cakap balik. Lagipun aku tadak masa nak bermain PS2 skang ni wahahahahaha asyik duk layan PC game je ni, nak main kat PC lembap lah plok adeh. Oleh yang berkenaan sebelum tamat review aku pasal NFSU ni, walaupun bahse tohape aku guna tapi aku nak review gok ikut ske aku lah wahahahahaaa.

So ni dia rating aku :

Need For Speed Undercover NFSU (versi Pirate)

  • Grafik                ___________  7
  • Permainan       ___________  8
  • Bunyi            ___________  7
  • Kawalan    ___________  6
  • Keseluruhan   ___________  7.5


 



No comments: