Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 23, 2008

Esok Cuti bagi rakyat Bandar Palma

gambar di ambil di sini

Daulat Tuanku 
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VII  
  Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah



Yaaayyyy bagusnye bercuti pada hari esok, ermmm nak bowat pe ye? tapi kemungkinan pada hari esok adalah hari paling busy yelah esok kan cuti umum?  lagi satu esok kan jumaat masih ada lagi kelibat yang buat OT termasuk lah yang keje kat supermerket pastu kat ECM tu kena gok keje. Tu terpaksa tu tapi takpelah double paid tu, ermm lagi satu lah kan esok kan Jumaat of cos lah orang nak gi solat Jumaat ye dok? lagipun biasa hari Jumaat ni ramai orang mamang (kemaman) turung sini.

Waduh usah gusar sich, namun tindakan ku amatlah details skali arakian kerja ku begitu rumit sehingga dapat membelit lidah mahupun otak mu tetapi yang penting logo tu dah siap. Ermm nanti diriku haplud imej berkenaan pada hari Selasa nanti ye? insyaAllah. Oh ye, sesiapa yang sudah tengok Max Payne? cuba klik dengan mouse tengah. *ada bunyit tak?* citt ciitt ciit..bunyit mouse.

Ermm Max Payne telah ku sentuhi dan telah pun di tontoni, apa yang dapat ku citerkan disini adalah Max Payne dari segi lakonan Mark Walberg sungguh mengkagumkan tepat pada citarasa ku yang masih ku ingat ketika dulu ku bermain game Max Payne ketika muda2 lagi. Kecuali bulu kenin nye tidak terangkat sangat ini kerna Max Payne ske angkat kenin ketika dia berckp mahupun bergaduh dengan mafia, lanun mahupun gengster jalanan sekitar Jalan TAR, Jalan Telawi, dan juga Off Jalan Kuching gitu. Dari segi plot Max Payne, amatlah tidak berpuas hati kerna diriku telahpun khatam game tu selama beberapa minggu sahaja namun aku tak puas hati sebab storyline dia menyimpang sket. 

Aku rasalah kan? ni seme keje penulis skrip dan direktor! sape suh ko tukar haa babai? natang tul. Tapi tak kisahlah tengok lah abam labah2 (spiderman) kan? pon di tukar gak walaupon ada sket2 je kebetulan macam dalam komik, kalo ikutkan tak seme pilem ikut komik tu. Tapi takpe janji best, oh ye aku pon nak tengok sangat camne org Hollywood nak buat pilem Dragon Ball ni utk show 2009 nnt. Aku rasa macam sucks, yelah org Hollywood pastu komik anime Jepun? ermmm pasti dan kepastian sudah tentu berubah kan keadaan rambut cacak tu jadi buat rambut cam mohawk kat jalan bukit bintang. Oh ye tak kering gusi gak pasal filem spiderman, ironman ataupun hulk. Seme tu ada sekuel nye masing2, macam Hulk tu mungkin Tony Stark aka Ironman akan turut beraksi melawan hulk? tak lupa gok SHIELD iaitu kelibat Nick Fury melawan Hulk sebelum diorg join Marvel Heroes. Ermm panjang gok aku tulis harini ermm ok lah tu maknenye harini aku mood ok wahahahahaa.

OKlah nak gi solat Maghrib jap pastu nak menikmati cuti yang panjang selama 4 hari pula. Jumpa di lain hari dan waktu yang sama di dalam rancannngggaaann...Bandar Palma di Blogspot di kelolakan oleh cincan dia pun orang Bandar Palma namun dia ske gak tulis walaupun tak seberapa yaaaayyy. <-- baca dan cakap dengan tertib namun dlm kelajuan yang maksimum.

1 comment:

Mem Aluya said...

Allah lanjutkan usia Tuanku.