Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 8, 2008

Eidulfitri adalah hari yang bahagia


* aku ke tu? entahlah?


* berehat sebentar di Petronas


Hari Raya ke8 - Eidulfitri

Setelah lama diriku tidak menulis blog mahupun menaip blog, aku terbengong akibat pelbagaikrisis yang di tempuhi di dalam beberapa hari percutian ku hingga harini. (*cuti sampai 8hb Oktober, esok nak keje doh!!!) Namun tidak aku mengenal erti letih dan jenuh sebagai penulis blog yang kurang aktif di dalam kareer nye, tetapi di sinilah aku mengenali diriku dan juga menyampaikan hasrat ku seperti kepedihan mahupun kegembiraan ku. Aku berharap dapat berkongsi bersama rakanku yang lain agar bukan diriku yang hina lagi kerdil ini mendapat hidayat mogaan mendapat petunjuk.

Selamat Hari Raya Eidulfitri ke - 8 Allahuakbar Allahuakbar walillahilham!! Semoga di hari yang ke 8 ini kita masih bermaafan antara satu sama lain dan semoga rezeki yang melimpah ruah akan bertambah khendakNya insyaAllah.  Aku mendapati bahawa hari raya ini amat bermakna buat diriku bukan sahaja di bulan Ramadan kerna diriku mendapat seorang teman baru yang amat ku kenali dan ku sayangi. Bulan ini Eidulfitri tidak lagi bermakna diriku beraya bersama keluarga ku dan saudara yang ku kenali tetapi juga kekasihku yang paling bermakna buat diriku. Bukan aku nak berjiwang ataupun meluahkan perasaan tetapi aku nak cakap yang aku bersyukur sangat sebab aku dah jumpa dia, sekarang lah baru aku tahu betapa manisnye bila kita beraya dan berpuasa dengan si dia.

Oh ye, bulan Eidulfitri aku sambut macam biasa. Solat sunat Eidulfitri di Kuantan, kemudiannye prepare utk tetamu beraya pada hari pertama. Dan tak silap pada waktu Asar aku dan keluarga mula pergi ke Temerloh untuk menyambut raya bersama saudara yang lain. Nak buat macam mana memang tiap2 tahun akan gi ke Temerloh nye, oh ye kepada Abam Baha aku nak pohon dan menyusun 10 jari sebab tak gi rumoh mung. Tapi insyaAllah klo ko nak beraya bulan ni ada lagi kuih banyok lagi pong. Datanglah ye, jangan merajuk ye Abam hehehehee.

Lagi satu, masa raya kedua / 2 aku gi ke Jerantut ke rumah si Dia le. Ermm macam biasa jumpa "mak" bakal mertua heheheheeh dan beborak lah apa yang patut, aku gi dengan adik2 pompuan ku. Seme sporting tapi yang paling tak patut, adik bongsu aku bley pengsan sebab tak makan tengahari kot? mujur Alhamdulillah di pengsan masa tengah duduk ermm dkt KFC temerloh plok tu. Alhamdulillah setelah di diagnostik seme nye berjalan lancar dan tiada tahanan @ sekatan di lakukan.

Alhamdulillah keluarga aku berjaya juwe mengadakan BBQ mini di rumah kami di Alor Akor, dengan kehadiran daripada pakcik makcik sepupu seme dan beberapa orang kawan adik laki aku tu, maka secara tak langsung meriah gak lah dan happening gok acara berkenaan. Oh ye, kepada pembaca setia buat blog ku ini, ampun maaf di cipta dan aku ada gak selit beberapa gambor silalah komen yek. Ok nak solat Asar dan kemudian memikir apa yang bakal ungka berkenaan akan berkata @ bertitah pada hari esok nye? ermmm aku memikirkan keje yang baru dan berlambak akan ku buatkan oooohhh migrain ku!!.

8 comments:

floweristachantress said...

selamat hari raya maaf zahir batin juwer dari k.gee utk adekku cincan... wah wah wah.. segak sekali cincan beraye bersama kekasih yer... eh cop cop.. segak sebab beraya bersama kekasih ke segak sbb baju raya sama keler juwer dgn k.gee... hehehehhe

oh org Jerantut rupanya kekasih cincan tu.. adik ipar k.gee pun org jerantut juwer

Unknown said...

tima kasih kak gee pujian tu, dan selamat hari raya eidulfitri buat kak gee dan keluarga. Ermm bab warna tu ermm err cincan rasa entahlah macam best jew warna hitam itew lagipun tak pernah beli warna hitam walaupun kulit adik kak gee ni gelap wahahahahaha apa nak buat? :P

floweristachantress said...

hahahha hitam itu menawan.. kan cincan kan? :D

yaya|azura said...

yayake ske jer.. biarpun cincan beraye mane2 pun...
selamat riaya cincan .. maaf zahir & batin ...
hihihi..

cincan tlah pon menshavekan diri .. yayyyyyyy!

NaD said...

selamat hari raya cincan.. maaf zahir batin. laa...dah ada kekasih hati ke? baru nak kenen wat adik ipor. hehehehe.

Unknown said...

khas untuk kak gee// yaaaayy betul tu kak gee aaah cincan mmg ske kalo mende menawan ini hehehehee

khas untuk yayake// selamat hari raya juwe bowat yayake, ermmm cincan telah pun mengshavekan diri lawa kan cincan kan kan? hehehee.hiks.

khas untuk cik nad// haaaa nak bowat adik ipar kew? uuuuhh nape tak cakap awal2? bley lagi ni, untuk calon ke-2 hehehehe.mulih la mulih laaa hehehehee :P

Mem Aluya said...

Selamat Hari Raya to you.

Biskut Palma banyak lagi?

Unknown said...

Selamat Hari Raya juwe untuk Akok Tiri, kuih raya buah palma masih lagi available untuk tempahan eh untuk di jamu hehehehehe.

p.s :| khas untuk sebulan ni stok kuih buah palma tu.