360 Cawangan Bandar Palma : Berbuka Puasa
Semalam adalah merupakan gathering dan juga majlis berbuka puasa yang di adakan di Hotel Vistana. Sempena bulan Ramadan yang semakin hampir ke penghujung, kami di cawangan Bandar Palma tidak melepaskan peluang bagi merapatkan jurang yang jauh mahupun merapatkan hubungan yang jauh juwe eh apsal cam sama? ermm takpe. Kami berkumpul lebih kurang 6 : 30 pm di lobi Vistana bagi mengkompem kan pendaftaran yang telah pun di buat oleh organizer kami iaitu Zarina @ Ina. Setelah mengkompemkan pendaftaran dan mencari tempat duduk "spesel" yang mengadap ais kacang dan juga pool tambak lagi keinginan untuk memakan daging kambeng panggang spesel yang di panggang oleh staf Vistana.
Kemeriahan mulai di rasai apabila laungan Azan Maghrib menandakan waktu Maghrib serta berbuka bagi kawasan Bandar Palma dan sewaktu dengan nya. Dalam dingin sejuk pada malam Maghrib itew, terdapat pelbagai juadan yang di saji sebagai contoh kamben panggang tu lah, ketam masak cili, sate ayam dan daging, mee kari dan mee sup, eskrem pon ada juwe, bahkan air sirap bamdom adalah merupakan air teristimewa buat pengunjung Vistana. Ini kerana air bamdom adalah mungkin air kegemaran ketika kerongkong dahaga. Semasa kemeriahan waktu berbuka di sambut pula iringan muzik oleh pemain muzik gamelan yang turut serta menyanyikan lagu raya, mengakibatkan Zarina @ Ina menyuruhku untuk berkalawoke dengan pemain muzik berkenaan namun disebabkan kecekalan hati, hasrat Ina berjaya di bendung dengan mudahnye wahahahaha.hiks.
Oh ye disini saya sertai beberapa gambar yang sempat saya ambil yang serba kekurangan maklumlah bukan DSLR mahupun video camera berkualiti tinggi seperti panavision mahupunHasselblad. Sebelum berakhir ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin.
3 comments:
uhuuuu.. melawan juwe rupenye cincan nie.
yayake suke mam ketam cili, adakah cincan mamkan ketam cili utk yayake juwe???
uuuuuhh sudah semestinya cincan mewakilkan diri untuk yayake, cincan pon ske juwe ketam bercili itew namun ianya sekadar kaki dan peha berserta betisnye sahaje, uuuuhh kitam.
cepat laa...ada lens nk jual nie...murah2,..punya
Post a Comment