*oooh abam Armani oooohh sungguh wangi wangian yang abam bowat huuuiiiihh, tima kasih.
Oh sungguh ku tidak sangka rupanye dah masuk 10 hari yang terakhir Ramadan sudah, ermmm cincan akan merindui bulan Ramadan sepertimana yang dulu2. Oh ye harini seperti biasa diriku menjadi malas dan semakin malas akibat terlalu obses mengingati lauk pauk yang bakal di masak dan di hidangkan di atas meja bersempena 1 Syawal nanti, dan tidak lupa takbir Eidulfitri yang menusuk kalbu sebelum kita melangkah ke masjid mahupun surau ataupun di mana kita berada menunaikan solat sunat Eidulfitri.
Yeaaahhh, memang Ramadan banyak meninggalkan kenangan kepada umat Islam terutamanya dari segi pembahagian pahala kepada umat nya, bersedakah secara optimum, dan memastikan segala rezeki yang kita makan adalah berpada bukan mengikut nafsu. Dan juga bersabar dan memastikan mata, mulut dan segala pancaindera kita menahan apa yang haram di lihat mahupun mempraktikkannya. Sudah masuk 23 hari kita berpuasa, segala penat lelah di campuri nikmat menunaikan ibadat wajib dan sunat telahpun tinggal beberapa hari sahaja sebelum masuk Syawal. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak mampu ataupun meninggalkan perkara Puasa di bulan Ramadan kerana ia adalah rukun Islam yang patut di tunaikan, dan adalah satu kerugian di mana tidak menunaikan ibadah yang lain.
Tapi di sini bukanlah bermakna diriku ingin berceramah mengenai Ramadan cuma mengingatkan sedara mara di sana mengenai kehilangan bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, oh ye bercakap mengenai Eidulfitri diriku telahpun membeli baju melayu berwarna hitam (peace!) berserta wangian menusuk kalbu bagi seorang wanita apabila mereka mencium nya huhuhuhu. Saya membeli wangian abam Giorgio Armani sungguh pandai abam Giorgio membowat nye wahahahahaha.
Ermm berbalik kepada citer harini iaitu Isnin!; sungguh mengstresskan segala medula oblongata mahupun sereblum ku. Baru je nak siap video dan kemaskini, ada pula ungka yang sibuk mahupun keje nye di siap kan segera! adeh ni yang tak sedap ni. Apakah ungka itew sudah kebal dengan perisai nye? wahahahahahaa tidak tahu lah bagaimana? Oh ye sudahkah anda membayar zakat fitrah? murah sahaja RM7.30 sahaja, tunaikan dengan segera sebelum berlangsungnya solat sunat Eidulfitri. Bayaran buleh di buat di mana2 cawangan masjid mahupun amil berdekatan dengan anda. Peace!
Yang dah bayar Zakat Fitrah,
Cincan (mulai bersenyum :D )
3 comments:
kat Johor ni zakat cuma rm 6.50 jer..
wahh.. baju raya cincan sama kalerlah ngan baju k.gee :))
yaaaaayyy sama warna ngan kak gee yaaaayyy cincan ske bley kita meriak ermm tapi nape Johor murah plok? Eh biasalah itew
yayake pon wangi juwe.. smlm yayake meli pewangi perisa stoberi kat body shop.... i'm shuweeet like stoberi... auu auuu... wuuw uuuuu...
Post a Comment