Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 2, 2008

The Ungka berSeries : Jom Jom Jooooomm Jooomm Jom Beboh Bebbooohhh huhuhuhuu


Pada harini yang mulia lagi berbahgia aku merasakan diri ku letih pada harini wahahahaha, tak tahu lah bakpe mungkin semalam pada hari Jumaat aku tido lambat kot? tapi tu perkara biasa kita kan nak bercoti harini so takkanlah tido lambat pon tak bulih? kan? lagipun harini pon bukannye buat pe cuma berpesta gi ke pasar malam di Jalan Gambut dan kemudiannye pergi ke ECM (East Coast Mall) untuk membeli dodo *deodorant di Carrefour.

Walaupon harini adalah hari Jom Jom Sure Heboh, alah tak gi nye aku ke sana. Nak bowat pe gi tempat sempit2 di kerumuni oleh artis2 jemputan di bersebelahan stadium dan juga pasar besar Bandar Palma itew? huh tidak mahu la aku. Bagaimana dan macam mana semua orang bley ke tempat yang penuh kesesakan itew? sedangkan nak mencari parkir pon susah apatah lagi ingin berjalan kehulur kehilir? tapi takpe itew orang lain dan aku orang lain juwe, tapi tidak mengapa lantak lah diorang nak tengok konsert ke, nak beli miskut kew, nak beli samsung electronics ke hape lantok lah. Janji Bandar Palma pada harini sememangnye sesak daripada biasa.

Ermmm aku tak tengok lagi citer the X-Files 2 dan juga The Mummy sekali tengok trailer dia cam treler gak aku rasa ermmm tapi tak taulah setakat klo trailer jew gempak tak beh gok kan? nasib baiklah dah tengok Dark Knight, ermmm memang aku respek giler lah mamat Heath Ledger *RIP tu aku rasa dia ni kan memang tadak tandingan dari segi watak "The Joker" tu. Aku tak pernah lagi tengok orang berlakon sampai tahap macam tu sekali, memang mendalami apa maksud yang ingin di sampaikan. Sebagai contohlah, dulu sapa yang jadi aktor The Joker? first2 masa aku form 1 ke 2 ek? ermmm entahlah masa tu tak silap Jack Nicholson kan? tapi masa tu kan budok2 lagi so mmg tak sangke dan tak mengharap pe2 pada lakonan tapi aku respek si Jack ni tapi bila di ungkit balik tak seberapa mendalam watak The Joker tu. Yelah masa tu kan direktor lain, mungkin unsur dia terlalu komik. Tetapi ni lain, seolah-olah direktor membuat The Joker seolah-oleh wujud di sekitar dunia ini mahupun the Gotham City amnye.

"Wah2 hehehehehohoooheeh haa huuu hee hiii huuu" aku paling ske bila dia jumpa mobster2 masa meeting tu, pergghhh menjadi sungguh lakonan nye. Bukan setakat the Joker je hebat tatapi Dark Knight menerangkan segalanye apa yang sebenarnye terjadi pada Batman daripada sitewlah kita tau Batman tidak lagi penyelamat tatapi seorang pelarian yang ingin di tangkap oleh polis. Tapi aku nak tanya, ermm sapa nak jadi aktor The Joker pasni? yelah maklum jelah si Mamat Heath tu dah kiok or RIP so sapa plok nak ganti dia? adeh.

Takpelah tu serahkan pada direktor dan produser filem Batman tu, skang ni aku fikir nak tengok X-Files dan The Mummy. Untuk Dark Knight saya betul2 rekemen pada hardcore fan Batman @ Dark Knight series komik tu, dan juga penggemar movie Batman daripada mula2 lagi dan juga tak salah klo nak tengok citer last Heath tu takpelah tengok jelah kompem puas hati. Oklah rasenye hapdet aku dah pon berjaya, selamat maju jaya dan hari Mingguan anda selesai. Mmmmuaaahhh.

Yang Batman tapi cincan,

Cincan le hehehehe...dot..dot

5 comments:

floweristachantress said...

ha ahlah.. k.gee pun tak penah tingin nak pegi jom heboh kalau ada kat Danga Bay tu.. tapi kalau tgk movie cam batman ke.. x-file ke, apa2 lah memang tingin bebenaw huuhuhuhu hari ni tataulah abg Mi rajin ke tak ler nak melayan bawak pi tgk movie.. :P

yaya|azura said...

yayake ske juwe citer betmen nie .... nak pi tgk xfiles sama the momimok pule selepas ini.. hoyeaaaaah.

Unknown said...

yaaaaaayyy semua orang menyukai batman / dark knight yaaaaaaayyy

Comot-nyew-aku said...

x-files mcm tak brapa bagus..mot da g tengok.. betmen n mummy lagi bagush!!

Unknown said...

aah the mami mmg best hehehehe, x fail blom tengok juwe ermm tak tau sedap tapi ramai kabor dok sedap