Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 20, 2008

Ekoran Ungka Berekor ekor Ungka ?


Alkisah di Bandar Palma pada suatu hari yang indah, pagi yang serba molek di hiasi kabus serta bunyi-bunyian nyanyian burung memecah salju kebuntuan pemecahan otak. Setiap pagi aku pasti akan sentiasa menge"check" segala kelengkapan lengkap bagi menghadapi cabaran hari yang baru, bukanlah bermaksud diri ku tidak bersedia untuk menghadapi cabaran setiap hari tetapi setiap hari akan ada cabaran buat diriku. Ermm bagaimanapula dengan cabaran sekiranya kita bangun kemudian kita tido?

Takpelah kita tak tido masa itew, kemudian kita balik ke cabaran itu. Setelah bersedia menghadapi cabaran itu diriku pula bersedia untuk menyetatkan motorsikal yang berkuasa 115cc itu untuk kepanasan dari segi enjin. Lalu enjin yang sedia panas lebih kurang 5 hingga 10 minit itu pantas dan laju ku bawanye berlari. Berlari mengejar impian dan harapan, lalu pantas diriku menaiki tanggan setinggi 20 meter ketinggian puncak itu. Menaiki puncak lalu ku melihat ramai ungka yang senyum dan melambai pada ku. "Ermm mungkin ungka ini jinak, mungkin elok aku tangkap mereka akan ku buat sup selepas itu", namun aku masih lagi orang Islam dan aku tidak mahu makan ungka ianya haram.

Selepas 15 minit di atas puncak, aku merasakan sesuatu yang amat payah dan pedih di sekitar perut ku. Ini adalah rutin harian dan mungkin ramai yang sudah mengerti mahupun biasa akan insiden ini, namun ianya bukanlah insiden tetapi prosedur normal bagi seseorang manusia yang ingin melepaskan dendam di sebuah bilik khas. Begitu rumit sekali prosedur ini sehinggakan memakan masa lebih kurang 15 hingga 30 minit lump sum, aku berjaya sekali lagi. Seterusnya aku membuka kitab ku seperti biasa dengan mengecek rutin harian @ tugas ku yang masih belum sempurna akan nasib nya, ermm terus ku membuat kerja tanpa menghirau akan sepatah kata daripada ungka-ungka bernas itu.

Namun di setiap langkah dan setiap penjuru ada sahaja dugaan yang di berikan oleh ungka-ungka berkenaan, kenapa mereka2 itu berbuat demikian rupanye? apakah mereka mahu menyusahkan manusia seperti diriku? apakah juwe mereka tidak mampu lagi membuat keje mereka sendirian? aku pasrah akan tindak-tanduk ungka berkenaan. 

p.s : "Siot nye ungka.."

Akhirnya masa untuk makan tengahari telahpun sampai, akhirnya diriku pulang sementara ke rumah ku syurga ku. Selesai makan dan juga solat Zuhur, kemudiannya balik semula di hutan belantara untuk menjaga ungka2. Tetapi kesian juwe pada ungka2 berkenaan, kerna mereka ada yang berdiet ada juwe yang malas berdiet, dan ada juwe dua2 dan juwe ada ermm tidak ada. Tatapi tidak mengapa akan ku perjuangkan lagi nasib ku pada harini. Setelah lebih daripada 8 jam berkerja terasa kepeningan bahagian sarah tunjang mahupun sereblum sebelah kiri dan kanan namun kepuasan tetap ada. Kenikmatan bercampur aduk bau2 ungka, telahpun tamat. Akibat yang berkenaan diriku sentiasa puas dan bersyukur setiap hari dan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah diri ku masih lagi berupaya menyelesaikan masalah walaupun sedikit tetapi aku tetapi bersyukur. Ermm esok sambung lagi kerja ku yang sekian lama tidak berubah.

p.s : Saya menci ungka huuwaaaaaaaaaaa

6 comments:

Unknown said...

ungka itu jangan dibiarkan ganas, hubungi jabatan perhilitan dengan segera!

Unknown said...

baaeeeekkkk!!!

yaya|azura said...

kasi ungke makan bingke ... ehh.. mulih ke ungke makan bingke?

Unknown said...

err mulih juga kot? ermm tak pernah terai lagi

Mem Aluya said...

Har har har.

Kalau ungke ikut kamu nait motor cemana??

Unknown said...

adeh dia kena naik motor sendiri le nampok gayenye