Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 29, 2008

Berbuka Puasa 360 : Cawangan Bandar Palma






360 Cawangan Bandar Palma : Berbuka Puasa

Semalam adalah merupakan gathering dan juga majlis berbuka puasa yang di adakan di Hotel Vistana. Sempena bulan Ramadan yang semakin hampir ke penghujung, kami di cawangan Bandar Palma tidak melepaskan peluang bagi merapatkan jurang yang jauh mahupun merapatkan hubungan yang jauh juwe eh apsal cam sama? ermm takpe. Kami berkumpul lebih kurang 6 : 30 pm di lobi Vistana bagi mengkompem kan pendaftaran yang telah pun di buat oleh organizer kami iaitu Zarina @ Ina. Setelah mengkompemkan pendaftaran dan mencari tempat duduk "spesel" yang mengadap ais kacang dan juga pool tambak lagi keinginan untuk memakan daging kambeng panggang spesel yang di panggang oleh staf Vistana.

Kemeriahan mulai di rasai apabila laungan Azan Maghrib menandakan waktu Maghrib serta berbuka bagi kawasan Bandar Palma dan sewaktu dengan nya. Dalam dingin sejuk pada malam Maghrib itew, terdapat pelbagai juadan yang di saji sebagai contoh kamben panggang tu lah, ketam masak cili, sate ayam dan daging, mee kari dan mee sup, eskrem pon ada juwe, bahkan air sirap bamdom adalah merupakan air teristimewa buat pengunjung Vistana. Ini kerana air bamdom adalah mungkin air kegemaran ketika kerongkong dahaga. Semasa kemeriahan waktu berbuka di sambut pula iringan muzik oleh pemain muzik gamelan yang turut serta menyanyikan lagu raya, mengakibatkan Zarina @ Ina menyuruhku untuk berkalawoke dengan pemain muzik berkenaan namun disebabkan kecekalan hati, hasrat Ina berjaya di bendung dengan mudahnye wahahahaha.hiks.

Oh ye disini saya sertai beberapa gambar yang sempat saya ambil yang serba kekurangan maklumlah bukan DSLR mahupun video camera berkualiti tinggi seperti panavision mahupunHasselblad. Sebelum berakhir ingin saya mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir dan Batin.

p.s : Saya pakai digital camera jew huuuuuu abam baha nak subsidi beli DSLR huuuuu

Monday, September 22, 2008

Minggu Kritikal @ 10 hari terakhir Ramadan


*oooh abam Armani oooohh sungguh wangi wangian yang abam bowat huuuiiiihh, tima kasih.

Oh sungguh ku tidak sangka rupanye dah masuk 10 hari yang terakhir Ramadan sudah, ermmm cincan akan merindui bulan Ramadan sepertimana yang dulu2. Oh ye harini seperti biasa diriku menjadi malas dan semakin malas akibat terlalu obses mengingati lauk pauk yang bakal di masak dan di hidangkan di atas meja bersempena 1 Syawal nanti, dan tidak lupa takbir Eidulfitri yang menusuk kalbu sebelum kita melangkah ke masjid mahupun surau ataupun di mana kita berada menunaikan solat sunat Eidulfitri.

Yeaaahhh, memang Ramadan banyak meninggalkan kenangan kepada umat Islam terutamanya dari segi pembahagian pahala kepada umat nya, bersedakah secara optimum, dan memastikan segala rezeki yang kita makan adalah berpada bukan mengikut nafsu. Dan juga bersabar dan memastikan mata, mulut dan segala pancaindera kita menahan apa yang haram di lihat mahupun mempraktikkannya. Sudah masuk 23 hari kita berpuasa, segala penat lelah di campuri nikmat menunaikan ibadat wajib dan sunat telahpun tinggal beberapa hari sahaja sebelum masuk Syawal. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak mampu ataupun meninggalkan perkara Puasa di bulan Ramadan kerana ia adalah rukun Islam yang patut di tunaikan, dan adalah satu kerugian di mana tidak menunaikan ibadah yang lain.

Tapi di sini bukanlah bermakna diriku ingin berceramah mengenai Ramadan cuma mengingatkan sedara mara di sana mengenai kehilangan bulan Ramadan yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, oh ye bercakap mengenai Eidulfitri diriku telahpun membeli baju melayu berwarna hitam (peace!) berserta wangian menusuk kalbu bagi seorang wanita apabila mereka mencium nya huhuhuhu. Saya membeli wangian abam Giorgio Armani sungguh pandai abam Giorgio membowat nye wahahahahaha.

Ermm berbalik kepada citer harini iaitu Isnin!; sungguh mengstresskan segala medula oblongata mahupun sereblum ku. Baru je nak siap video dan kemaskini, ada pula ungka yang sibuk mahupun keje nye di siap kan segera! adeh ni yang tak sedap ni. Apakah ungka itew sudah kebal dengan perisai nye? wahahahahahaa tidak tahu lah bagaimana? Oh ye sudahkah anda membayar zakat fitrah? murah sahaja RM7.30 sahaja, tunaikan dengan segera sebelum berlangsungnya solat sunat Eidulfitri. Bayaran buleh di buat di mana2 cawangan masjid mahupun amil berdekatan dengan anda. Peace!

Yang dah bayar Zakat Fitrah,
Cincan (mulai bersenyum :D )

Friday, September 19, 2008

Malam Sabtu yang aman lagi panas

*itew cincan selepas terawih bersama errmm..ehem ehem heheheheh camne yayake? yayake ske tak? :P oh ni kat Old Town Kopitiam mengadap Terminal Bas Kuantan.


Setelah sekian lama nye diriku tidak menghapdet angkara video montaj perkahwinan yang baru sahaja selesai di bowat cuma tinggal lagi part editing dari segi "sound". Setelah beberapa hari dan minggu akhirnya montaj yang menggunakan komputer peribadi zaman jahiliah mahupun batu itew telahpon siap. Alhamdulillah namun tinggal beberapa acara sahaja sebelum beralih ke zaman logam pule, iaitu membowat website heheheheh.hiks.

Harini aku rasa syok sangat, mana tak nye harini kan hari jumaat lagipun esok diriku ingin menyopping kan diri ku dengan penuh kenikmatan turut serta poket dowitku yang bakal di gunakan sehingga menyebabkan diriku merasakan dowit semakin hari semakin tiada wahahahahaha. Bila toh ungka2 berkenaan nak beri aku bonus? ceh, musa kuti tul. Oleh yang demikian, mengikut pada carta yang lepas adalah termaktub bahawa pemilihan warna terang atau gelap untuk baju melayu sudahpun mendapat keputusan. Jadi dengan ini, dengan di mulai bacaan Bismillahirahmanirrahim saya M.Isyamuddin Bin Uzair membuat keputusan bahawa saya akan membeli baju berwarna hitam heheheh eh jap kot2 lah lawa plok warna lain so , 50 - 50 lah iaitu warna krim pule hehehehheheh. Ni seme adalah di sebabkan faktor2 pasaran gelap antarabangsa seperti di Milan, New York mahupun Maghribi yeaahh Maghribi lagi baru lah dangduts.

So pengakhiran kata, sebelum nak masuk Eidulfitri ini, saya serta keluarga dan bakal keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Eidulfitri maaf zahir dan batin *ikut cakap macam program TV seperti TV1 dan 2 heheheheh slow je.

Cincan yang amats,
Cincan,
cincan lagi hehehehe.hiks.mmuaaauuuhaahwahahwhaaahuuu..hungke hiks.

Tuesday, September 16, 2008

Sebagai Panduan Buat Semua - Nuzul Al - Quran


Nuzul Al-Quran




P
eristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Tarikh : 03 October 2006
[Zakaria Bin Othman]
Editor : PRO JAKIM []

Thursday, September 11, 2008

Game Syedap uuuummm lazatneee

Game ni macam best dapat cari masa keje tadi huehhuehhuehe

Wednesday, September 10, 2008

Yang ini baru best hambik gambor

H3DII-50
Kata orang kampung "biar gambar bercakap" skang ni biar gambar ni betul2 bercakap wahahahahaaa. Hasselblad tidak asing lagi bagi jurufoto yang mengenali jenama ni, aku sendiri respek dari dlu lagi dengan jenama Hasselblad ni, kamera filem yang merupakan pesaing otai2 dulu seperti Mamiya, Rollei dan lain2 lagi.

Hasselblad telahpun mengeluarkan kamera DSLR yang baru iaitu Hasselblad H3DII-50, memang tak cukup dengan kualiti lensa mahupun operasi yang di kendali kan oleh syarikat Kodak, Hasselblad H3DII-50 mampu menjana megapixel nya sehingga 50 megapixel!! apa!! 50 megapixel!! aarrgghh *pengsan. Apakah kita mampu membeli nye juwe? ermmm rasenye mungkin tidak wahahahaha kerana ianya bulih mencapai USD$37,000 pada Oktober 2008. Uiiihh camne nak cekau dowitan ini? Ermm pakai DSLR biasa jelah kot hiks.

Oh ye kalo seme nak tau pasal Hasselblad H3DII-50 ini gi jelah ke URL ni http://www.hasselblad.com/ 
Sekian. Majulah fotografi untuk Kg Seri 360.

Yang Membuat Blog,
Cincan mmmuaaahhh.

Monday, September 8, 2008

Hari ke - 8 Ramadhan 1429 hijrah


Harini adalah hari malas, jadi hari isnin adalah hari malas, jadi sayapun menjadi malas. Hari2 cikgu main bola, bola main cikgu eh eh silap. Isnin adalah malas dan malas adalah isnin heheheheh.hiks. Saya mulai khuatir akan tindak tanduk para hadirin jemaah menteri kabinet pada harini, mengapa mereka2 mulai gundah akan lipat menyiku siku orang lain? huh tak menyedarkan diri langsung.

Lagipun kabinet ungka2 berkenaan mungkin dah kehabisan idea untuk menotop lubang2 yang senang di bolosi oleh penyerangnye iaitu gorilla mahupun mawas. Huh, tapi saya masih lagi khuatir akan tindak tanduk itew. Walhal komputer peribadi (pc) pon zaman tok naduk nye speks, macam mana diriku ini ingin membowat montaj kahwin yang bakal berlangsung pada Oktober fest nanti? jikalau ianya di zaman 1990'an tu takpelah bulih juwe di katakan zaman itew zaman speks mid-range jew. Tatapi dengan kemunculan Adobe After Effect CS3 dan Adobe Flash CS3 bagaimana mereka menyiapkan diri mereka terhadap kemunculan CS yang baru? huh apakah mereka sedar akan kemunculan CS ini? adakah mereka pasti bahawa PC itu bulih menyahut cabaran si CS?

Walaubagaimanapun dan apa2 pun, keje tatap menjadi keje dan tatap akan membowat oleh diriku dan tatap akan menyempurnakan tugasan tersebut setakat mana ianya mampu. Oh ye rasa macam nak menggunakan tema "hijau" ataupun warga segar pada hari Syawal ini, apakah pendapat Datuk Seri Yayake? apakah ianya sesuai untuk diriku ini uuuuhh.

Yang Mendapat Tempat,
Cincan mmmuuaaahh *wink

Saturday, September 6, 2008

Hari ke 6 Ramadhan Al-Mubarak


Setelah 6 hari dan nak masuk seminggu kita berpuasa, rasenya sungguh tenteram di dalam jiwa dan sungguh nyaman dan sungguh menjimatkan duit saya. Cukuplah dengan sekadar makan yang mampu kita telan dan beli untuk di jadikan alas dan bukanlah untuk mereload perut supaya menjadi kembong semula tetapi biarlah bertapis hehehehe.hiks.

Oh ye, saya turut merasakan cuti pada hujung minggu memang rasa sekajap jew? ermm ngapain? susahlah klo tiap2 minggu tidak merasakan kepuasan cuma merasakan hari berlalu dengan pantas. Kenapa ek kengkawan seme? uuuhh mao coti2 lama. Semenjak sibuk bekerja dengan ungka inc ini, memang cuti tu dua hari jelah seperti insan2 yang lain, tapi tulah bila cuti hari minggu jew rasa macam tak cukup jew? kenapa ek? ke sebab lama tak hambik cuti lama2 ni? ermmm yelah kot?
Yayake tulun cincan huuuuu, cincan memerlukan pertolongan huuwaaaa, orang lain pon bley tulun gak tuluuunnnn.

Ok tu jew wahahahahaa.hiks.

Thursday, September 4, 2008

Google Chrome


Google Chrome

Apabila kita mengatakan dunia siber ataupun internet, kita pasti terdengar Google.com atau Google. Merupakan syarikat gergasi bagi enjin pencarian "search engine @ SE" sepertimana Yahoo ataupun mana2 SE yang lain, Google adalah merupakan SE yang mudah di capai dan amat ringkas dari segi konsep mahupun "design" nya.

Terkini Google.com telahpun membuat satu lagi kejutan iaitu dengan kelahiran browser baru yang di nama kan "Google Chrome", ianya seperti browser yang lain cuma Google ada membuat kesimpulan penyelidikan dengan Mozilla Firefox, Opera mahupun Internet Explorer. Chrome seolah-olah tidak memberikan langsung kemenangan kepada semua browser lain, ini kerana Chrome adalah generasi browser yang baru. Ianya menggunakan Javascript sebagai coding utama menyebabkan Chrome mengatasi pesaing nya dari segi kelajuan mahupun kestabilan. Bukan sekadar kegunaan namun, User Interface turut memainkan peranan bagi Chrome ini.

Bagi yang masih lagi kurang pasti apakah itu Google Chrome boleh lah melayari ke website google sendiri atau sila klik URL ini : http://www.google.com/chrome

Walaupun Google Chrome masih lagi di peringkat beta (ujian Beta) tapi prestasi nya melangkaui batas dengan mana2 browser yang wujud pada ketika ini. Untuk itu anda patut mengkaji dan patut mendownload nya. Cuba lah Chrome harini. 

p.s : saya pon dah download dah menggunakan nya.