Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 24, 2008

Death Race Review


  • Tajuk : Death Race
  • Genre : 18SG 
  • Pelakon : Jensen Ames(Jason Statham), Machine Gun Joe (Tyrese Gibson), Case (Natalie Martinez)

Filem Death Race yang baru sahaja aku tontoni adalah merupakan filem aksi ganas yang bley tembak2 orang dan juga kereta yang "kebal", maksud disini kereta yang kebal ialah kereta diorang telahpun di modified kaw2 nye sampai tembak bertubi-tubi masih lagi ok tu pun bila keluar signal yang di keluarkan oleh warden penjara lah. Kisah ni berlaku apabila US menghadapi inflasi @pun kira cam ekonomi down sindrom le ke guane? haa lebih kurang le, pastu Jensen (Jason Statham) yang baru je pulang daripada kilang dan baru je di buang keje atas dasar kilang tu terkena efek inflasi.

So bila dah kena inflasi so ramailah yang tak bley keje kat kilang tu, bila Jensen balik ke rumoh memang aku dah budget something bad gonna happen in that house. Poooomm, kan kena tembok bini dia adeh menatang betul tak bley lah Jensen buat projek baru je kena kaco dgn anak diorang *sbb terjaga daa. Atas dasar pembunuhan itew, Jensen yang tidak bersalah akibat pensan tadi di tangkap lalu di masukkan penjara ala2 cam Alcatraz yang mempunyai jalan yang panjang. Namun jasa badan di kandung tanah budi yang baik di kenang tanah juwe, huh! di sitew lah Jensen menemui dan menerima pelbagai rintang @ kekangan yang di berikan oleh penghuni penjara. Namun apabila dah ok, Jensen menemui pula Coach yang merupakan cip mekanik bagi team "Frankenstein aka Frank". Sebenornye Frank dah mati akibat insiden Death Race sebelum ini cuma ianya mahu di kekalkan sebagai pelaris bagi Death Race seperti yang di mahupun oleh Hennessey.

Hennessey adalah merupakan warden penjara dan juga penganjur kejohanan Death Race di penjara Terminal. Siot tul pempuan tu hhehehehe. Bagi penggemar filem aksi ataupun idola pelakon Jason Statham seperti aku ni haaa, eloklah bergegas ke GSC, TGV, Pavilion ke hapa ke gi lah tengok sementara stok masih ada. Aku review sket2 je nanti kena cas plok hehehehehee.hiks. tapi kan ni ratings plok. Dari segi aksi filem ini, ermm aku rasa ok walaupun ada aksi ganas terutama yang kena langgar tu dan explosion yang meruap-ruap tu puuuuhh mmg aku tabik. Cuma filem ni terlalu dan terlampau simple in its classe.

Bukan nak kata filem ni tak mampu meraih berbilion USD tetapi tak mampu menjadi blockbuster la kot? jika nak di bandingkan dengan filem genre aksi dan juga racing ni rasenye Death Race payah sket kot nak menang. Oh ye Death Race adalah filem adaptasi daripada filem Death Race 2000 lakonan Sly dan David Carradine sungguh menawan tiiinggggg* berkilau. Oklah selamat menonton dan selamat berkerja minggu Kemerdekaan yang ke-51. Hooyeeeeee!!!

4 comments:

Pink Marie said...

minatnye abg jason neh!!

bagus. jgn kasi spoiler.

Unknown said...

musti punya hehehehehe.hiks

Mem Aluya said...

Waaaah... macam best. Mana Jason DVD ni tak mai rumah ni. Dah lama.

Unknown said...

err kat bandar palma ada jew hehehehe