rogram Ramadhan: Care For Hunger adalah satu projek bermusim yang dilaksanakan oleh Islamic Relief di seluruh dunia dengan tujuan untuk membekalkan bantuan makanan asas kepada asnaf fakir dan miskin di dalam & luar negara (15 buah negara) semasa bulan Ramadhan. Melalui program ini, penerima manfaat akan dibekalkan dengan pek makanan yang mengandungi makanan asas dan seimbang nutrisinya; karbohidrat, tenaga, protein dan lemak seperti beras, gula, tepung, minyak masak, garam dan lain-lain.
Program Ramadhan: Care For Hunger dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya dan geografi penduduk di negara tersebut.
Jadual harga pakej Ramadhan Relief mengikut kumpulan negara:-
Setiap pek dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama satu bulan pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89263434.
No comments:
Post a Comment