Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 2, 2014

Cara menggunakan Kuler (Adobe)

Assalamualaikum,


Harini nak share sedikit mengenai custom colour yang boleh di adaptasi kepada kerja seni kita. Apa yang di maksudkan adalah Kuler.

Kuler adalah keluaran adobe yang merupakan syarikat gergasi daripada US khas untuk pengemar seni digital terutamanya grafik dan fotografi. Sekiranya anda buntu untuk mendapatkan warna khusus ataupun bagaimana hendak memastikan warna yang anda gunakan itu sepadan dengan warna asal, ini lah tujuan Kuler di wujudkan.

Tanpa melengahkan masa, saya akan tunjukkan cara penggunaan kuler ini.


Langkah pertama (1)

Mukasurat (Page) awal


Langkah Kedua (2)

Membuat pilihan ke "explore" dan klik pada butang nya.
Paparan kedua setelah menekan butang "explore"
Langkah Ketiga (3)

Sila taipkan ke ruangan "search" sebagai contoh "wedding" ke dalam kotak pencarian.
Hasil yang menakjubkan dan anda cuma perlu padankan dengan warna pilihan anda.

Saya memilih "wedding trend" kerana inginkan warna tema yang klasik bagi foto saya. Klik pada menu "wedding trend" itu dan ia akan paparkan kelima-lima warna yang di pilih tadi, klik pada butang edit dan ia akan memaparkan kod warna (RGB) & HEX. Ini memudahkan anda untuk memasukkan kod warna ke dalam photoshop ataupun illustrator bagi mendapatkan warna yang anda pilih di Kuler tadi. 

Paparan Akhir sebelum anda memasukkan kod ke dalam PS/AI











No comments: