Assalamualaikum
Terlebih dahulu aku nak marah ni tapi tak jadi marah sebab aku nak taip kat blog aku hahahahaha kang tak pasal2 keyboard aku rosak ataupun pecah. So pada tajuk pun rasa macam tak sedap di pandang kan? ataupun kalau cakap tak sedaplah di dengar nya.
Aku nak marah eh jap tak jadi marah lah hohohooh, aku keciwa jelah...ermmm ok lah tu. So aku keciwa dengan servis yang telah di buat oleh pihak PAIP
yang cukup aku rasa nak meluat dah aku tengok, pasai pa? aku rasa bukan sehari bukan dua hari bukan seminggu tapi nak masuk sebulan lebih dah rasanya diorang ni asik2 nak servis rumah pam kat kobat tu. Harga pam air kat kobat tu dahlah mencecah RM45 juta, kepala bapak diaorang lah keje macam mana aku pun tak tahu lah?
Menyusahkan umat Islam dan umat yang lain untuk menyucikan badan ataupun membersihkan pakaian ataupun untuk membuat minuman. Banyak kedai makan dan minuman tutup sebab takde air, takkan air takde diorang nak bukak? nak bagi customer minum apa? air soda? ke air kopi kosong? taruk kopi serbuk n susu pastu campur air soda?
yelah tak logik kan? so gunalah air mineral, nak guna berapa gelen kat air kopi tu? bodow tul lah. aku xmo amik screenshot notis pemberitahuan bekalan air terputus tu, sebab aku rasa korang bley google je mende tu. Lagi satu lah, kenapa mesti kobat? daripada bulan satu yakni Januari 2013 asik2 kobat, pam air kobat, kobat water pump, dan kawasan sewaktu dengan nya lah.
Aku percaya bukan taman aku je takde air, malahan satu kuantan lah. nama je senarai yang di beri tu macam ada air tapi aku rasa dan senang cerita semua dan seluruh kuantan ni tadak air lah. Bukan takat kuantan je, kat Felda New Zealand, di Temerloh, aku rasa kat Raub pun ada gak efek cuma tak kuat je. Jadi sesiapa yang nak merasa air kuning pekat macam air teh tarik tu, so korang bley lah datang ke sini untuk site visit sambil minum air teh tu.
So ucapan terakhir, aku bermohon agar PAIP mahupun pengurusan nya pergilah tolong rakyat seperti di kuantan ini. Jadi pihak Kerajaan tolong ye tolong, rakyat tidak mahu putus air nya. Sekiranya ini berlaku Menteri Besar Pahang adalah bukan memihak di hati rakyat, ini kan pula mantan Perdana Menteri. So undilah barisan Pakatan Rakyat!
Oh ye aku dengar air tu di salurkan ke Lynas? so lynas get your aussie ass back to Australia lah before i and rakyat Kuantan and Pahang kick your ass viciously.
No comments:
Post a Comment