Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 12, 2009

Katakan Tidak Pada Zionis





Pada malam ini bersamaan 15 Muharram 1430 @ 12 Januari 2009, di Bandar Palma ini ada mengadakan satu ceramah khas berkisahkan kekejaman rejim *anjing zionis. Sungguh memilukan dan menyedihkan apabila melihat apatah lagi mendengar rintihan serta tangisan seorang bayi mahupun kanak2 ataupun yang dewasa. Tidak kira tua, muda, kecil dan besar di sudahi dengan kematian Syahid.  
Ada satu peristiwa yang benar-benar menyentuh hati saya ketika mendengar ceramah di masjid, hatta sebatalion yang datang menyerang dan sekiranya membunuh seorang Islam pasti ada ramai lagi yang akan mati Syahid.

Hatta yang memegang raifal M16 mahupun senjata api yang lain, namun saudara ku gagah melawanmu dengan hanya bersenjatakan batu dan lastik. Namun apakah kita turut merasai nya? bagaimana kita mahu menilainya? adakah kita mengganggap mereka sebagai saudara kita sendiri? Saya tersentuh dengan kata2 seorang hamba Allah yang mengenangkan ibubapanya serta bayi2 yang dibunuh oleh anjing2 zionis. Kenapa? Di mana ibubapa ku? Adakah yahudi akan mengesat airmata kepada ibu nya sekiranya mengetahui suami @ bapa nya telah meninggal? Apakah anjing itu akan memberi kasih sayang kepada saudara Islam kita di sana? adakah mereka mengasihi kita? jawapannya TIDAK! dan TIDAK SAMA SEKALI!

Semua ini proksi Yahudi dan Zionis, menetapkan dan memuliakan bahawa mereka adalah umat yang agung!! kononnya nak membuat kita sebagai hamba mereka! Cuba bayangkan saudara-saudari jikalau kita di letakkan didalam situasi mereka, pistol dan raifal berada di kepala. Tepat2 di kepala lalu menyentak picu lalu peluru itu kena dikepala kita! Ya Allah. Apakah kita tidak rasa akan penyiksaan itu? bayi2 dihumban dan di campak seolah-olah seperti alat mainan mereka. 

Di sebuah tahanan rejim Israel yang menempatkan saudara-saudara Islam kita, di dera dan diseksa secara perlahan akhirnya Syahid. Penyiksaan daripada anjing2 zionis bukanlah seperti kita lihat di TV ataupun di mana2 suratkhabar, ianya penyiksaan yang tidak dapat di gambarkan oleh sesetengah pihak mahupun manusia. Sebagai contoh penyiksaan adalah seperti menggali lubang lalu meletakkan pada separuh badan dan mendera saudara Islam kita. Dan dapatkah kita menerima dari segi logik mahupun akal sekiranya rumah kita sendiri di robohkan oleh musuh kita? anak2 kelaparan dan tidak ada tempat tinggal. 

Saya sungguh sebak dan menitis air mata tatkala mendengar inikan pula memerhatikan video dan melihat kekejaman yang dilakukan oleh zionis. Para sahabatku serta saudara-saudari, saya mengambil kesempatan ini walaupun kita di lahirkan dan tinggal di negara yang cukup aman. Kita bersyukur kepada Allah SWT membenarkan kita bernafas, bernyawa mahupun menjalankan aktiviti harian dan lain2. Oleh itu, marilah sama2 kita mendoakan serta menderma kepada saudara-mara kita di Palestin, kerana mereka lebih memerlukan daripada kita. Dan ianya menjadi satu kewajipan bagi kita umat Islam membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya kita hanya mampu memberi sedikit maka pemberian itu adalah kerana niat ikhlas dan puncaknya adalah kerana Allah SWT. 

Dan sumbangan anda bolehlah di dermakan tidak kira wang ringgit mahupun ubat-ubatan serta pakaian ataupun yang mana anda rasa sesuai di dermakan, kita juga boleh memboikot barangan keluaran daripada proksi Israel. Salah satu yang biasa kita makan mahupun minum ataupun guna ialah Maggi, Nestle, Starbucks, Kit Kat, L'oreal dan sebagainya. Contohnya jenama ini banyak di monopoli di pasaran Malaysia, tetapi sekiranya kita sayangkan saudara Islam kita cubalah kita mempertahankan saudara Islam kita di Palestin. InsyaAllah sedikit sebanyak ia boleh memberhentikan dan mencacatkan penyiksaan yang di lakukan oleh rejim anjing zionis.

Akhir sekali, janganlah kita membiarkan saudara-mara kita kesusahan kerana mereka sudahpun merasakan kesusahan dan di dalam kesusahan. Terima Kasih.