Macam ni lah kalau nama pun kerja kan? so semalam dan kelmarin ingat nak taip sesuatu di blog tapi tak jadi sebab sibuk dengan hal sendiri. Biasalah bila dah berkahwin ni tak banyak aktiviti yang merangsang minda dan fizikal tapi tetap ada untuk diri sendiri biar pun lambat, yelah asalkan kita bahagia kan.
Sekarang ni nak citer pasal pekerjaan sekarang, so aku faham mungkin tak berapa sesuai di jadikan topik tapi aku nak citer gak sebab ni kan blog aku nyehnyehnyeh. Mengikut pengalaman aku sekarang ni aku dah tak buat kerja grafik mahupun fotografi yang aku idam2 kan selama ini, termasuklah multimedia dan animasi serta kerja2 seni yang lain. Aku rindu sangat nak buat natam tu tapi yelah takde rezeki kot? aku cuba buat pada masa lapang tapi macam di atas lah kan memang tak sempat nak membuat dan meratah lagi la tak dan.
Selingan Video daripada Youtube
Sekarang ni aku berkait rapat dengan bisnes sawit dan perihal korporat di salah sebuah organisasi terkenal di kuantan. Aku tak bangga tapi aku bersyukur sebab ada kerja, Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah masuk 7 tahun aku bekerja di sini, mana tak nya kerja yang banyak kan? start daripada aku berhenti kompeni hungka tu aku terus masuk ke sini. Kira aku start tu time aku baru kahwin dengan orang rumah aku tahun 2009. Merentas masa, melawan arus serta pelbagai lagi dugaan yang baru terpaksa la aku redahi eceh hahahahah, hanya rodong (kawan) aku sahaja yang faham berapa tahun aku dah menganggur, memang cemerlang gak lah buah anggur tu hahahahaha.
Oklah sekarang pun aku dah anak dua dan makin membesar dah diorang ni, pastu aku yang rasa perkara yang best ialah aku jumpa balik kawan sekolah vokay 1996 dulu. Cumanya takat ni aku jumpa baru lah 4 orang kira on dan off lah jumpa diorang kat kuantan. Memang kelakar bila beborak pasal cerita lama2 kat sekolah dulu, especially teringat sejarah kantoi tak solat subuh hahahaha tu biasa eh yeke? alamak kantoi hahahaha takpelah tu dulu time2 jahil kan.
Apa lagi ek aku nak cerita nantilah aku cerita pasal sekolah vokay yang femes. So sekarang aku ada keje nak sambung.
No comments:
Post a Comment