Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 16, 2016

Hi Awak

Macam ni lah kalau nama pun kerja kan? so semalam dan kelmarin ingat nak taip sesuatu di blog tapi tak jadi sebab sibuk dengan hal sendiri. Biasalah bila dah berkahwin ni tak banyak aktiviti yang merangsang minda dan fizikal tapi tetap ada untuk diri sendiri biar pun lambat, yelah asalkan kita bahagia kan.
Sekarang ni nak citer pasal pekerjaan sekarang, so aku faham mungkin tak berapa sesuai di jadikan topik tapi aku nak citer gak sebab ni kan blog aku nyehnyehnyeh. Mengikut pengalaman aku sekarang ni aku dah tak buat kerja grafik mahupun fotografi yang aku idam2 kan selama ini, termasuklah multimedia dan animasi serta kerja2 seni yang lain. Aku rindu sangat nak buat natam tu tapi yelah takde rezeki kot? aku cuba buat pada masa lapang tapi macam di atas lah kan memang tak sempat nak membuat dan meratah lagi la tak dan.

Selingan Video daripada Youtube


Sekarang ni aku berkait rapat dengan bisnes sawit dan perihal korporat di salah sebuah organisasi terkenal di kuantan. Aku tak bangga tapi aku bersyukur sebab ada kerja, Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah masuk 7 tahun aku bekerja di sini, mana tak nya kerja yang banyak kan? start daripada aku berhenti kompeni hungka tu aku terus masuk ke sini. Kira aku start tu time aku baru kahwin dengan orang rumah aku tahun 2009. Merentas masa, melawan arus serta pelbagai lagi dugaan yang baru terpaksa la aku redahi eceh hahahahah, hanya rodong (kawan) aku sahaja yang faham berapa tahun aku dah menganggur, memang cemerlang gak lah buah anggur tu hahahahaha.

Oklah sekarang pun aku dah anak dua dan makin membesar dah diorang ni, pastu aku yang rasa perkara yang best ialah aku jumpa balik kawan sekolah vokay 1996 dulu. Cumanya takat ni aku jumpa baru lah 4 orang kira on dan off lah jumpa diorang kat kuantan. Memang kelakar bila beborak pasal cerita lama2 kat sekolah dulu, especially teringat sejarah kantoi tak solat subuh hahahaha tu biasa eh yeke? alamak kantoi hahahaha takpelah tu dulu time2 jahil kan.

Apa lagi ek aku nak cerita nantilah aku cerita pasal sekolah vokay yang femes. So sekarang aku ada keje nak sambung. 


Friday, October 14, 2016

Blog Bersawang

Assalamualaikum


Lama sungguh tak berblog rasanya, ada dekat setahun pun rasanya. Walaubagaimanapun, bila masuk balik blog ni rasa macam nak aktif semula lah rasanya. Tapi masalah nya tak tahu sampai bila dan bagaimana nak kekalkan aktif tu?

Yelah sekarang ni kan dah zaman teknologi canggih semuanya pakai apps je, yang blog ni apa lah kurang nya kan? nak kata ketinggalan zaman tak juga. Sebab apa blog ni bukan saja nak jana pendapatan tapi boleh juga di kaitkan sempadan ilmu tanpa batasan. Sebab apa saya cakap macam tu? sebab internet tiada sekatan (bagi saya) kerana jika ada sekatan bermakna ilmu itu bukanlah di kongsi atau di pelajari oleh sesiapa.

Ilmu tidak datang daripada buku sahaja tapi macam2 medium dah sekarang ni. Kalau tanya budak2 sekolah kompem korang tak sangka ada bende macam tu kan. Takpelah berbalik pada aktif pada blog tu, in shaa Allah ada masa aku akan karang kaw2 kasi baek2 punya; dan aku tahu ramai lagi yang follow aku nye blog tak kisah lah orang lama ke baru tapi at least kirim komen lah sikit takpun tekan follower tu baru sedap sikit aku tengok "oooh ada orang lagi minat kat aku ni, eh maksud saya membaca blog saya ni". Lebih kurang lah kan.

So rasa macam lapar lak ermm nak gi makan lah. Tengoklah kalau rajin kang saya buat balik / sambung balik menaip blog dah usang ni hehehehehee.

http://coschedule.com/blog/wp-content/uploads/old-blog-posts.png