Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 4, 2016

Jadi Pengasuh

Hari Ke-2 

Dah masuk hari kedua aku menjaga irfan namun aku tak rasa kesusahan; walaupun aku dengan dia tapi aku rasa macam rapat sangat hubungan dengan anak aku yang sulung ni. Macam biasalah waktu pagi tunggu ipan ni bangun, dan kompem dia akan bangun lambat sangat nak dekat tengahari pun ada. Biasa nya waktu pagi aku akan keluar untuk membeli makanan, kadang-kadang ada gak lah aku masak tu pun masak biasa2 je maklumlah orang bujang hehehehehe, masak2 yang biasa contohnya roti dengan telur hancur dan ada air coklat ataupun kopi belalang. 


Selang-seli dengan tengahari kang adalah makan yang lain pula, ipan ni tak tentu kadang2 dia nak makan nasi kadang2 nak roti je dan TELUR! ye telur lagi. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap dah? Hari2 telur kot keluarga aku walaupun aku ada lauk tapi tulah kadang2 memang aku tak beli lauk pun hahahahaha. Well, hari kedua ni macam biasa lah lepas dah makan bekpes (breakfast) tu dia akan mentelaah pelajaran nya iaitu TV Astro ye, ye TV. Tapi aku tak halang sebab banyak rancangan untuk budak2 macam ipan ni, tapi masa dan jam tu kenalah tetapkan supaya jangan jadi overdose ye tuan2 dan puan2.

So, ipan pun dah mentelaah di depan TV jadi aku pun duk kat sini mentelaah aku nye blog, yelah secara personal nya aku dah lama tak menaip blog cuma ada pun mungkin copy dan paste je. Tapi daripada takde langsung kan? boleh lah kan dapat gak duit daripada Nuffnung tu kan kan? Oklah rasa nya takde apa pun cuma kadang2 bosan gak ye duk kat rumah ni, macam mana la kalo aku jadi surarumah ye? hahahahaha eh...
Eh...EEEEEEEHHHHHHH!!! kain tak jemur!! aarggghhhhh. Errr..oklah untuk itu saya berundur diri dulu ye sebelum kain tu basah lagi dan mengelakkan daripada jemuran itu kena air hujan manalah tau kan? ni dah tahun 2016 tak tahulah musim tengkujuh ke tak ye? ok lah buhbye dan assalamualaikum.

No comments: