Mengikut tajuk yang aku letakkan kat blog aku rasanya ramai yang dah tahu filem ni kan? so skang ni aku targetkan kepada yang tak tahu pasal filem ni. Secara langsungnya dan peribadinya aku ni bukanlah nak menyokong sangat filem ini tapi filem ini ada semangat dan kisah yang patut di jadikan teladan.
So kenapa aku suke tengok filem ini ye? terus terang memang ini lah kali pertama aku tengok, walaupun cerita filem ini dah lama keluar. Serius aku tak tipu, memang baru tahun 2013 ini adalah sejarah aku tengok filem American History X. Selama ni tengok ghodong (kawan) aku punya poster je, dia cakap best tapi aku tak pasti lah kan? so thank you komeng tak tahu lah ko ada ke tak lagi kat kuantan ni, dengar citer kat shah alam ataupun kuala lumpur?
Berbalik pada sinopsis filem American History X ini. Cerita ini adalah mengenai rasism (racism) iaitu kumpulan skinhead yang menentang politikus, perkauman, hubungan dan macam2 lagi lah. boleh buat research di google sekiranya nak tahu apa skinhead. Jadi nak jadikan ceritera nya, aku pun pernah join lah buat kumpulan skinhead di sekitar Raub - Bentong, Pahang itu. Tu pun semasa aku tingkatan 4 sampailah aku abes SPMV. Time tu aku belajor vokay (vokasional) SMVTAA (es em vee tee yea yeah) hohohohohoho. Skinhead kalau ikutkan majoriti nya adalah muzikal namun ianya juga adalah cara hidup skinhead, iaitu ketidakpuashatian terhadap kerajaan; kira menentang la kan.
So filem AHX ini membabitkan kisah keluarga, kawan, masyarakat. Ada tiga konflik di antara tiga-tiga itu, sebagai contoh Derek lakonan Edward Norton sebagai seorang skinhead, abang, dan juga penjenayah sebab dia telah pun membunuh seorang kaum berkulit hitam yang cuba mencuri trak pemberian ayahnya. Dan secara tak langsung, Derek di masukkan kedalam penjara selama beberapa tahun; selama di dalam penjara Derek menganggap skinhead ini adalah raja di dalam kumpulan penjara. Akibat kepercayaan Derek yang begitu naif, Derek terpaksa menghadapi skinhead yang lain yang tidak menyukai Derek terutama perangai Derek.
Akibat daripada (perbuatan) itu, Derek di liwat oleh skinhead *maaf tonasi agak kasar sekiranya anda membayanginya. Dan dia menyesal akan perbuatan rasism nya. Derek turut rapat dengan seorang kulit hitam yang merupakan rakan sepenjaranya. Namun setelah insaf akan kesalahannya seperti membunuh dan bersikap rasism, Derek berjaya keluar di penjara.
Di pendekkan cerita, Derek pulang bukan untuk keluar dariapda penjara sahaja namun inginkan perubahan pada dirinya dan keluarga terutama adiknya Danny. Danny akhirnya di tembak pada pengakhiran filem ini, agak semacam karma kepada abangnya Derek; tetapi pengakhiran itu amatlah pedih dan sedih kerana Derek baru sahaja pulang dan inginkan sesuatu yang baru / perubahan namun apa yang Derek dapat? hanyalah kepiluan dan kesengsaraan.
OKlah itu lah serba sedikit sinopsis yang aku berjaya kupaskan, takkan nak tulis semua kan? tapi filem ini adalah sebuah filem klasik yang begitu epik dan bermakna. Tidak begitu keras tetapi harus di ingatkan filem ini mempunyai rating agak tinggi dari segi tontonan, jadi kalau nak tengok dengan anak rasanya tak perlulah. Filem ini hanya untuk 18 tahun ke atas sahaja, kerana keganasan, seks, dan rasism bagi sesetengah pihak. Pengakhiran kata, nanti aku tambah lagi filem yang aku nak kupaskan untuk bandar Palma yang tak seberapa ini ok. Ciao.
Thursday, February 28, 2013
Wednesday, February 27, 2013
Lama - lama
Aahhh memang lama aku tak memblogging, secara am dan rasmi nya harini aku nak aktif tetapi bukan selalu ataupun hari-hari ye. maklum jelah dah family guy skang ni kan? ehem ehem, so mana2 ladies di luar sana still can contact me but not available for any long relationship lah (ya know)
LOL takde apa lah just kidding, so skang ni sibuk dengan kerja harian macam biasalah kerja2 pentadbiran, hal bisnes pastu new bisnes pastu insurans dan macam2 lagi lah.
Memang keje aku ni dah jadi lain daripada yang dulu, of course lah kan? klo tak; nama nya pun bukanlah tukar kerja. so far kat sini aku ok je dengan teman2 sepejabat. tambahan lagi, dapat gaji + bonus yang setimpal dengan aku harapkan walaupun aku duduk di Kuantan.
Terkenang masa waktu aku duduk kat KL (keje) memang sempit walaupun di katakan gaji aku mencecah 3K sebulan namun hanyalah sia2 sekiranya aku duduk di KL menyepi tanpa seorang yang mengasihani aku. tapi takpe dulu (sebelum kahwin) aku ada x-gal aku memang cukup understanding kefahaman yang aku inginkan.
Memang manis la klo di kenangkan peristiwa lampau, tapi nak buat camne kan beb? takde jodoh dengan orang sana tu. So skang alhamdulillah dah nak masuk 2 orang anak pun, in sha Allah dalam bulan Mei ataupun Jun maka lahirlah seorang lagi anak ku dan jen jen jennnn baby gurl lak tu. so kitaorang di kurniakan pair / sepasang anak lah lepas ni, so kena dukung kaw2 nye lah.
Ramai gak aku tengok skang ni dah ramai anak, macam berlawan je? hohohohoho aku tak kisah tu adalah rezeki masing2 rasullullah S.A.W suka akan umat nya yang ramai kan kan kan. Ok lah skang ni anggaplah ni deposit ataupun permulaan blog yang dah nak berkarat ni. So lepas ni nak update blog vektorlah aku plak, sesiapa yang berminat pasal vektor ni sila lah klik pada link ini :-
http://vektorlah.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)