Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 11, 2011

Photography Competition | Pertandingan Fotografi

Photography Competition | Pertandingan Fotografi
Assalamualaikum adalah di maklumkan kepada semua peminat fotografi di galakkan untuk menyertai satu pertandingan fotografi anjuran Youth On Unity. Tidak kira samada anda amatur, semi-pro, professional ataupun sekadar hobi pertandingan ini dapat di jadikan sebagai pengalaman mahupun bertemu-sapa dengan jurufoto yang lain. Saya percaya dengan adanya pertandingan seperti ini, industri fotografi serta kreatif dapat di pergiatkan lagi serta memberi peluang kepada generasi baru untuk menunjukkan hasil kerja yang berkualiti khendaknya.





Apa lagi yang anda tunggu? Jangan tunggu lama-lama takut menyesal tak sudah hehehehehe. Jadi dapatkan semua informasi yang ingin anda dapatkan di internet mahupun buku serta majalah untuk di jadikan rujukan sebelum memulakan pertandingan tersebut. Juga di sarankan dapatkan tidur yang cukup untuk mendapatkan stamina yang secukupnya. Akhir kata daripada saya, majulah fotografi demi pelapis baru dan selamat maju jaya. Sekian dan Wasalam.


p/s : Tiada komisyen ataupun upah cuma kawan ini menolong kawan untuk menyebarkan maklumat (Sharing Is Caring)

No comments: