Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label cincan. Show all posts
Showing posts with label cincan. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamualaikum

Setelah 28 hari berpuasa, kita akan menyambut Syawal. Namun pemergian Ramadhan amatlah memeritkan dan menyedihkan.

Bukan saya seorang sahaja yang merasakan begitu mungkin juga anda di luar sana. Sayang seribu kali sayang sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan, alangkah rugi nya jika tidak menghargainya. Tapi tak mengapa mungkin sesetengah orang ada mempunyai alasan yang tersendiri, cuma saya mengingati sesama umat Islam agar tidak melupakan Ramadhan.

Oklah saya nak ucapkan Selamat Menyambut Syawal / Eidulfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, jadi sekiranya mempunyai kesilapan daripada saya.

Jumpa lagi setelah selesai bercuti-cuti.

Sunday, September 25, 2011

Vektor Lah ! - Satu Generasi Baru

Vektor Lah ! http://vektorlah.blogspot.com/ 


Sebuah blog ilmiah dan perniagaan baru yang cuba saya olahkan daripada pemerhatian dan juga kemahiran yang sepatutnya saya gunakan selama ini agar ianya tidak di pendam duka dan lara sepanjang kehidupan ku.


Blog ini juga merupakan blog orang ramai dan juga peminat seni seperti diri saya sendiri, vektor merupakan grafik pengkomputer (computer generated graphic) terdapat pelbagai penggunaan termasuk jabatan, persendirian mahupun umum seperti hari raya, sekolah, sambutan hari jadi dan sebagainya. 


Harapan saya menggunung agar blog ini mendapat sambutan yang meriah dan juga kompetetif dari segi penggunaannya mahupun pengunjungnya. Amin dan Alhamdulillah dengan ini saya merasmikan blog ketiga saya iaitu 


Vektor Lah !

Saturday, January 16, 2010

Kena Select Lagi daa!!





Hehehehehe saje je nak nak menghaplod neh, sebab tade pos yang nak kawan berikan pada harini mahupun malam ini. Nantilah kawan taip panjang2 lagi, tu pun klo berdaya saing hehehehehee.




Wednesday, April 8, 2009

Al-Makluman



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Terlebih dahulu ingin aku memohon maaf sekiranya aku tidak menulis blog dengan tidak aktif nya, kemudian aku ingin memohon maaf sekali lagi jika aku tidak menegur mahupun memberi komen di mana2 blog yang wujud sekitar 360. Harap Maklum. 

Ini bukanlah niat ku untuk menjadi seorang yang sombong serta jahil di permukaan bumi yang fana ini, tetapi dengan emosi yang begitu tidak stabil serta pelbagai lagi dugaan serta cabaran yang terpaksa ku pikul. Lebih2 lagi diriku tak lama lagi bakal akan bergelar Si Suami jadi tingkahlaku ku, tatasusila ku, dan banyak lagi akan berbeda daripada dulu. Yeaaaahh, aku sekarang telah pun melangkah ke satu lagi pencapaian hebat di dunia ini, yaitu perkahwinan. 

Aku tau dan aku pasti ramai yang tak menyangka dan ramai yang tidak tahu kerna aku tak beritawu korang pasal pertunangan aku secara "jelas". Yelah bukan aku nak sombong dan bukan sengaja aku buat camtu, tetapi adalah sebabnya kenapa aku buat camtu? tapi di sebabkan aku dah lama tak buat blog ni *menaip* so aku dengan resmi nya nak mintak kerjasama dan keijinan masa serta waktu untuk meluangkan masa pada hari Ijab Kabul ku tu nanti.

Demikian juwe, aku memohon untuk semua warga2 360 memberikan alamat rumah yang mana sempat aku pos, aku pos lah. Kalo tak sempat tu, kat blog ni aku pos kan gak. Aku berharap kita dapat bertemu di majlis ku nanti, aku cuma berharap tetapi masa dan pertemuan itu hanyalah Allah menentukannya.

Sebelum aku mengakhiri ucapan aku, gambar pertunangan ku ada di fotopages aku silalah melayari bahtera di sana. Serta kepada yang berjaya membuka kunci "kiasan" aku tu, terima kasih kepada yang berjaya. Maknanya diorg faham la tu.

p.s : Sorilah aku nye taipan tak seindah cam dlu, mungkin lama tak memblog kot? mohon maaf lagi. Nanti aku hapdet macam biasa ok, insyaAllah.

p.s [2] : Kad ni aku tak wat, orang lain yang wat. Aku hanya jadi Art Director je.

Wednesday, December 31, 2008

Khas Untuk Designer Di Luar Sana, Amnya Malaysia ler

Pertandingan / Competition from ComputerArts UK
Ni yang aku dapek kat computerarts UK, diorang ada pertandingan mencipta segalabentukrupa yang nak didesignkan untuk Intel dan hadiah nya jen jen jen. Sebuah WORKSTATION yang bernilai £5,210 giler bapok mahal nye!!, ok skang ni aku terangkan serba sedikit ler peraturan nya, mula2 download source dia kat sini LINK 
pastu korang bukak Adobe Photoshop tak kiralah CS berapa yang korang ada. Pastu tengok details serta layout yang sediada tu untuk korang design.
Ermm selain tujuan kita buat design untuk Intel tu, syarat berikutnya ialah tema bintang sebab Intel dan CA mmg nak guna bintang je hok ada lima (5) point tu. Tapi hok lain macam korang nak buat dekorasi yang melampaui batasan ikut korang lah janji ada bintang 5 point tu, pastu mestilah menggunakan resolusi tinggi bagi print ataupun online, tapi biasanye untuk online 72 dpi jew, hok print tu je diorang nok pakai sampai 300 dpi. Pastu colour selection ialah begini :

Primary colour: CMYK – 100/40/0/0 or RGB – 8/96/198
Secondary colour: CMYK – 40/0/100/0 or RGB – 174/197/0


Dan kalo korang tak faham gak apa yang aku kabor ni, korang gi jelah ke website CA tu untuk keterangan lanjut. Oh ye Selamat Menyambut Tahun Baru 2009, dan 2008 banyak meninggalkan kenangan yang pelbagai pada diri aku ni, uiiihh usah kabor lah.

Wednesday, November 5, 2008

Hujang oh Hujang

* kerja2 haram waktu di pejabat.hehehehehe LINK


Pertama kali aku ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat Tok Ketua walaupun ianya lambat tapi aku rasa tadak hal le tu. Dengan sekali lafaz sahaja dah sah Tok Ketua menjawat jawatan satu lagi iaitu Suami. Yeaaahhh, acapkali kedengaran daripada pelbagai pihak namun Tok Ketua mampu menjalankan tugas nye itu. Bukan senang nak sandang pelbagai jawatan dalam satu masa. Tok Ketua bukan sahaja suami pada masa ini malahan seorang designer, seorang artis, seorang pelawak dan pelakon kelas atasan, dan juga model sambilan Topman. Bukan senang nak jadi senang wooo, susah woooo.

Oh ye harini aku nak hapdet sket lah apa yang berlaku pada minggu ni dan lepas. Seperti biasa aku buat keje walaupun skang ni tak byk keje dan mungkin tadak keje langsung, alhamdulillah time2 ni lah aku nak rilex sket pastu pikir camne nak dapat duit lebih2 nih. Ermm korang tadak ke lubang2 ke apa ke untuk aku buat freelance? aku skang ni fotografi aku bley buat tapi kena ada sponspor lah beli DSLR utk diriku ini hehehehehee. Mintak maap chapit aku tak dapat hadir bersama mmuuuuuuu pada waktu perkahwinan mung, kalo aku ada insyaAllah aku amik kaw2 nye photo pastu aku tepek kat Flickr dan juga Fotopages 360 itew. Aku wat kaw2 nye Black & White paling busuk pun aku buat stailo Orton Effek tu je haaaa gitew.

Oh ye ermm skang ni Bandar Palma tak tentu lah cuaca diye, sket2 panas dering sket2 hujang, pastu kilat pastu ceroh pastu hujang balik. Nescaya sesiapa yang tidak biasa dengan cuaca skang ni, insyaAllah bley demam nye kecuali rakyat di Bandar Palma sahaje. Aku pun skang ni kena kuat minum ayer kuat2 kira kasi tekak di telan bendalir jangan kering sudah lah punya teori kan? ermmm tu pun dah bergelen aku sambung dan telan kat rumoh plok. Uiiiih masyuk tul aku minum air. Harap2 bila dah tengkujuh ni haa, janganlah ada banjir plok. Sebab kadang2 lebat gok hujang sini. Nak cilok2 naik ego pong susoh gok, nak wak guane doh mmg gitu doh aduuuuhh. Tengok tadi masa balik dari ofis nak ke Mesjid Bukit Sekilau kemain lagi basoh diye, tapi kat ofis molek je sayup je turun. Walhal kat bandar kemain lagi keturunan diye, ermm sungguh tak paham bakpe kapan jadi gitu?

Oklah nak main game plok nak release stress yang masih wujud masa dulu2 tu, bila lagi kan nak main game? hehehehehee. Tata seme and luv much from Bandar Palma to youuuuu mmmuuaaahhh.

Yang Menaip dengan panjangan tapi masih lagi stabil,
Cincan The Awesomeness


Friday, August 8, 2008

Sabtu ialah hari yang berhoyeeee

Harini adalah merupakan hari Sabtu yang bulih berhoye hoyeeeee, ermm harini adalah hari menengok wayang dan berjalan di bandar palma adalah merupakan satu kewajipan serta menghadiri pasar malam adalah juga satu kewajipan bagi seseorang warga di bandar palma. Mana2 orang di Malaysia amnye ramai mengenali @ mengetahui apa itew pasar malam. 

Pasar malam atau lebih di kenali sebagai "Bazaar" di dalam bahse omputih lebih kepada pasar yang menjual barang keperluan harian seperti ikan, baju bundle, hapam balik dan sebagainye. Ianya hanya berlaku ataupun di adakan seminggu sekali sahaja di sesuatu tempat, tidakkah ianya unik kerna ianya sekali seminggu huhuhuhu. Walhal kita bley beli barangan tersebut di pasar2 yang lain dan lebih menarik mahupun sedap, tetapi ini adalah pasar malam kita tak bulih membandingkan apa yang di katakan permata atau kaca. Cuba kita bayangkan jika pasar malam tidak wujud, bagaimanakah kita ingin meningkatkan ekonomi bangsa melayu secara amnye rakyat Malaysia? cuba kita bayangkan bagaimana kita nak makan hapam balik yang manis dan cantik molek dan bergetah gitew haaa *wink wink*. Kemudiannya bagaimana kita bley mengekalkan kuih muih tradisi melayu lama seperti kuih samprit err kuih lapis, kuih onde2, kuih telinga keling dan sebagainye.

Pelbagai faktor mengapa pasar malam perlu wujud bukan sekadar nama mahupun darjat di pertikaikan tetapi faktor yang pelbagai perlu di pastikan. Pasar malam telahpun wujud sekian lama di Malaysia, Singapura dan Indonesia *sumber daripada wikipedia*, namun berapa ramai kita warga Malaysia yang kerap dan acap kali ke Pasar Malam? Cuba bertanyakan diri sendiri apakah kita ni tidak mahu ke Pasar Malam? ataupun kita malu akan Pasar Malam?

Renung-renung kata daripada saya dan sekian untuk kali ini daripada saya Datok Dr. Cincan Falsampah 360. Salam.

Yang Menaip pada Hari Sabtu berhoye,
Cincan le hehehehe.hiks. <-- tiru yayake :P