Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label shin chan. Show all posts
Showing posts with label shin chan. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamualaikum

Setelah 28 hari berpuasa, kita akan menyambut Syawal. Namun pemergian Ramadhan amatlah memeritkan dan menyedihkan.

Bukan saya seorang sahaja yang merasakan begitu mungkin juga anda di luar sana. Sayang seribu kali sayang sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan, alangkah rugi nya jika tidak menghargainya. Tapi tak mengapa mungkin sesetengah orang ada mempunyai alasan yang tersendiri, cuma saya mengingati sesama umat Islam agar tidak melupakan Ramadhan.

Oklah saya nak ucapkan Selamat Menyambut Syawal / Eidulfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, jadi sekiranya mempunyai kesilapan daripada saya.

Jumpa lagi setelah selesai bercuti-cuti.

Saturday, January 16, 2010

Kena Select Lagi daa!!





Hehehehehe saje je nak nak menghaplod neh, sebab tade pos yang nak kawan berikan pada harini mahupun malam ini. Nantilah kawan taip panjang2 lagi, tu pun klo berdaya saing hehehehehee.




Wednesday, April 8, 2009

Al-Makluman



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Terlebih dahulu ingin aku memohon maaf sekiranya aku tidak menulis blog dengan tidak aktif nya, kemudian aku ingin memohon maaf sekali lagi jika aku tidak menegur mahupun memberi komen di mana2 blog yang wujud sekitar 360. Harap Maklum. 

Ini bukanlah niat ku untuk menjadi seorang yang sombong serta jahil di permukaan bumi yang fana ini, tetapi dengan emosi yang begitu tidak stabil serta pelbagai lagi dugaan serta cabaran yang terpaksa ku pikul. Lebih2 lagi diriku tak lama lagi bakal akan bergelar Si Suami jadi tingkahlaku ku, tatasusila ku, dan banyak lagi akan berbeda daripada dulu. Yeaaaahh, aku sekarang telah pun melangkah ke satu lagi pencapaian hebat di dunia ini, yaitu perkahwinan. 

Aku tau dan aku pasti ramai yang tak menyangka dan ramai yang tidak tahu kerna aku tak beritawu korang pasal pertunangan aku secara "jelas". Yelah bukan aku nak sombong dan bukan sengaja aku buat camtu, tetapi adalah sebabnya kenapa aku buat camtu? tapi di sebabkan aku dah lama tak buat blog ni *menaip* so aku dengan resmi nya nak mintak kerjasama dan keijinan masa serta waktu untuk meluangkan masa pada hari Ijab Kabul ku tu nanti.

Demikian juwe, aku memohon untuk semua warga2 360 memberikan alamat rumah yang mana sempat aku pos, aku pos lah. Kalo tak sempat tu, kat blog ni aku pos kan gak. Aku berharap kita dapat bertemu di majlis ku nanti, aku cuma berharap tetapi masa dan pertemuan itu hanyalah Allah menentukannya.

Sebelum aku mengakhiri ucapan aku, gambar pertunangan ku ada di fotopages aku silalah melayari bahtera di sana. Serta kepada yang berjaya membuka kunci "kiasan" aku tu, terima kasih kepada yang berjaya. Maknanya diorg faham la tu.

p.s : Sorilah aku nye taipan tak seindah cam dlu, mungkin lama tak memblog kot? mohon maaf lagi. Nanti aku hapdet macam biasa ok, insyaAllah.

p.s [2] : Kad ni aku tak wat, orang lain yang wat. Aku hanya jadi Art Director je.