Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label raja lanun. Show all posts
Showing posts with label raja lanun. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Selamat Menyambut Aidilfitri

Assalamualaikum

Setelah 28 hari berpuasa, kita akan menyambut Syawal. Namun pemergian Ramadhan amatlah memeritkan dan menyedihkan.

Bukan saya seorang sahaja yang merasakan begitu mungkin juga anda di luar sana. Sayang seribu kali sayang sekiranya umat Islam tidak mengambil peluang di bulan Ramadhan, alangkah rugi nya jika tidak menghargainya. Tapi tak mengapa mungkin sesetengah orang ada mempunyai alasan yang tersendiri, cuma saya mengingati sesama umat Islam agar tidak melupakan Ramadhan.

Oklah saya nak ucapkan Selamat Menyambut Syawal / Eidulfitri yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, jadi sekiranya mempunyai kesilapan daripada saya.

Jumpa lagi setelah selesai bercuti-cuti.

Thursday, March 7, 2013

Suku Sakat Raja Lanun Community (SSRLC)

Assalamualaikum,

Mungkin ada yang tak kenal siapa itu rajalanun? ataupun SSRLC? apa kemende nye tu wok? ahaa harini aku nak kongsikan sedikit je ok, nak kupas tak banyak tapi sedikit sahaja. So SSRLC ini adalah komuniti yang bermaksud kreatif dan kelompok daripada Malaysia amnya Pahang (Kuantan) lah.

SSRLC ini mewujudkan ruang kreativiti di kalangan warga jurufoto, pereka(designer), dan lain lain lagi. Harap mereka adalah menjadi platform komuniti ini seperti ala-facebook tetapi berteraskan kritikan dan mungkin juga penambahan maklumbalas terhadap sesuatu kes ataupun artwork.

Rajalanun adalah merupakan pengasas gezzeg photography di mana di tukarkan milikan* (tidak pasti) dan sehingga kini beliau masih lagi aktif di dalam jurufoto tetapi didalam bidang stok. Bidang stok ataupun photo stock adalah trend terkini yang beliau wujudkan satu forum ataupun page di facebook mereka. Page yang di namakan sebagai "e-stockers" milik tunggal oleh rajalanun bagi membantu jurufoto dan juga perekacipta untuk berjaya mendapat hasil. 

SSRLC telahpun berjaya menempatkan beberapa artis yang di kenali di sekitar Kuantan dan mungkin juga di Kuala Lumpur. Namun tidak ramai yang mengenali komuniti ini, mungkin faktor masa ataupun promosi yang agak hambar daripada yang berkenaan. Tetapi apakan daya mereka? mereka pun mempunyai komitmen tersendiri dan juga karier yang lain. Acapkali aku mengatakan kenapa mereka ini tidak aktif? ataupun tidak mahu langsung terlibat di dalam komuniti ini? jadi aku mewujudkan satu poster cabaran kepada saudara rajalanun ataupun Encik Ahmad Ghazali. Demikian dengan poster cabaran ini seperti tertera di bawah ini mungkin saudara2 nya akan turut terasa tercabar, jadi siapa yang makan cili dialah akan rasa cili nya.

bulih di lihat penuh sekiranya kao menekan nya.


Baiklah sebelum mengakhiri perbincangan yang kontroversi ini, aku takde apa2 kaitan pun cuma pernah mengikuti perkembangan mereka kerana mereka mampu mengubah fotografi ini kepada yang lebih "cun" kata orang tu. Jadi fikir-fikirkan lah ye!

* Kepada rajalanun jangan marah aah, nama pun poster cabaran jadi bangkit phoenix anda hohohohohohoooooo

Wednesday, March 6, 2013

Karier Jurugambar (photographer)

Assalamualaikum,

Kepada semua pengunjung setia dan juga pembaca blog bandar palma ini, ingin aku mengupas serta menanyakan pendapat awok2 semua di ruang siber itu untuk perihal seperti ini.

Aku nak kata lama berkecimpung didalam fotografi ini, tak la lama tapi bermula dari bangku sekolah lagi iaitu sekolah menengah dan tak silap tingkatan satu atapun dua. Sejarah yang lama, di mana abah ku seorang hobi tegar nya mengambil gambar menggunakan SLR (single-lens reflex) yang menggunakan filem (negatif) sebagai medium nya, bukan seperti sekarang ini macam2 ada dengan wujudnya DSLR (digital single-lens reflex), compact, mirrorless dan sebagainya.

Nak kata aku ni hebat ermm tak gak lah, dan nak kata aku ni berpelajaran di dalam ilmu fotografi tak juga lah. So aku ni kategori yang macam mana? boleh lah korang anggap aku ni sebagai self-literate(self-though) photographer. Kira pengalaman aku hanya berpandukan buku dan juga daripada orang2 yang lain sebagai contoh abah aku lah. Jadi sekarang ini aku bukan nya nak berleter ataupun bercerita pasal sejarah fotografi ku tetapi nak tahu karier jurufoto gambar sekarang ini.

Kita semua sedia maklum zaman sekarang ini memang sudah canggih, dengan pelbagai teknologi dan gajet yang terjual mudah, tak kiralah di talian (online) ataupun kedai fizikal. Ini bukanlah satu kejutan yang menjadi kejutan apabila barangan ini mudah di jual, maka ramailah yang membeli dan apabila ramai yang membeli makin ramai lah yang menggunakan; simple kan?

So apabila ramai yang menggunakan nya apakah yang akan mereka gunakan? maksudnya jika awok2 beli DSLR D90 (nikon) lah kan dengan berharga RM2000++ complete kit. So apa yang akan awok2 gunakan DSLR itu? Adakah anda akan menggunakan nya sekadar hobi? alasan anda mampu daripada terdaya? anda memang nak beli DSLR? ataupun bagaimana? Sukar untuk aku perjelaskan situasi yang mungkin tak ramai dan mampu lihat. Ok katalah seorang jurugambar professional yang sedia membeli sebuah DSLR high-end yang berharga sekitar RM10K ke atas kemungkinan (besar) akan menggunakan mengikut bisnes yang dia akan terajui. Jadi saya rasa bertepatan dengan apa yang di jiwai oleh beliau. 

So sekiranya anda dan awok2 di luar sana yang mempunyai DSLR tak kira lah harga nya berapa, apakah keputusan anda untuk menjawab soalan aku ni? soalan nya :-

APAKAH YANG AWOK LAKUKAN PADA DSLR TU?

Cuma nak di jadi kan cerita, aku pernah membeli sebuah DSLR yang lengkap. Di mana boleh lah di anggap sekadar hobi dan masa itu aku mampu membeli DLSR itu kerana harga nya yang berpatutan. Aku menggunakan DSLR itu selama 2 tahun dan penggunaan nya seperti sepupu aku kahwin aku amik, dan kemudian lanskap di kuantan (bandar palma) pun telah aku sematkan di Flickr tu. Kira selama mana aku gunakan DSLR tu aku berpuas hati. Jadi sesiapa yang boleh menjawab soalan ku itu, boleh membalas nya di ruangan / kolum di komentar di bawah ini ye. Sekian dan harap maklum.

Sedikit imej / gambar daripada Flickr ku :-

Pejabat Pos Kuantan (Besar)



Wednesday, December 1, 2010

Hot Semakin Cool!

Aku giler stress skang neh, tapi aku rasa stress aku cool beb!! tak tahu camne nak cakap dalam marah-marah tapi aku cool kot? ke rasa cool ke stress tu buat aku cool?

Tu pasai aku susah nak kabor kat korang. Kira cam tu lah citer dia, skang ni dah masuk akhir tahun 2010 dan tak lama lagi kita umat Islam akan menyambut Awal Muharram so standby lah puasa, doa, vision korang tu yek. Lagi satu aku nak mencari kebahgiaan di dalam dunia dan akhirat itu yang wajib dan patut bukan sahaja aku malah seme kawan2 umat Islam sedara-mara suku sakat sepapat lah kan kira seme lah.


Jangan buat maksiat, toksoh berzina seme tu, jangan mencuri, mencaci, amik pil koya, racing haram menonggeng kan buntut yang huduh tu. Aku dok ske seme tu, pastu akhir tahun ambil iktibar banyak2 umat Islam ramai yang meninggal di Al-Mukarammah orang Malaysia sahaja dah 30 orang yang meninggal.

Tapi eloklah sebab semenya dah selesai dan semoga arwah di tempatkan orang yang soleh dan beriman pada Allah SWT. Lagi satu krisis perang sedara korea makin menjadi, krisis perang di Palestin makin tak sudah, krisis pronografi dan juga seks bebas turut menyumbang betapa huduhnya manusia punya perangai.

Lagi satu anda setuju ke budak darjah2 tu di ajarkan pendidikan seks? apa agaknya mak bapak diorg rasa? pendidikan seks ini meluas tetapi biarlah berpada kena pada tempat ye dok? aku dok tahu sebab aku tadok degree dalam pendidikan so gi jahanam wakakakakakaka. Orait sembang2 punya chatting aku dah mengarut so selamat menyambut Awal Muharram minggu depan yek ok.

Coming Soon Lah

Wednesday, April 8, 2009

Al-Makluman



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Terlebih dahulu ingin aku memohon maaf sekiranya aku tidak menulis blog dengan tidak aktif nya, kemudian aku ingin memohon maaf sekali lagi jika aku tidak menegur mahupun memberi komen di mana2 blog yang wujud sekitar 360. Harap Maklum. 

Ini bukanlah niat ku untuk menjadi seorang yang sombong serta jahil di permukaan bumi yang fana ini, tetapi dengan emosi yang begitu tidak stabil serta pelbagai lagi dugaan serta cabaran yang terpaksa ku pikul. Lebih2 lagi diriku tak lama lagi bakal akan bergelar Si Suami jadi tingkahlaku ku, tatasusila ku, dan banyak lagi akan berbeda daripada dulu. Yeaaaahh, aku sekarang telah pun melangkah ke satu lagi pencapaian hebat di dunia ini, yaitu perkahwinan. 

Aku tau dan aku pasti ramai yang tak menyangka dan ramai yang tidak tahu kerna aku tak beritawu korang pasal pertunangan aku secara "jelas". Yelah bukan aku nak sombong dan bukan sengaja aku buat camtu, tetapi adalah sebabnya kenapa aku buat camtu? tapi di sebabkan aku dah lama tak buat blog ni *menaip* so aku dengan resmi nya nak mintak kerjasama dan keijinan masa serta waktu untuk meluangkan masa pada hari Ijab Kabul ku tu nanti.

Demikian juwe, aku memohon untuk semua warga2 360 memberikan alamat rumah yang mana sempat aku pos, aku pos lah. Kalo tak sempat tu, kat blog ni aku pos kan gak. Aku berharap kita dapat bertemu di majlis ku nanti, aku cuma berharap tetapi masa dan pertemuan itu hanyalah Allah menentukannya.

Sebelum aku mengakhiri ucapan aku, gambar pertunangan ku ada di fotopages aku silalah melayari bahtera di sana. Serta kepada yang berjaya membuka kunci "kiasan" aku tu, terima kasih kepada yang berjaya. Maknanya diorg faham la tu.

p.s : Sorilah aku nye taipan tak seindah cam dlu, mungkin lama tak memblog kot? mohon maaf lagi. Nanti aku hapdet macam biasa ok, insyaAllah.

p.s [2] : Kad ni aku tak wat, orang lain yang wat. Aku hanya jadi Art Director je.