Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 28, 2009

Hari ni aku hapdet


everything is simple

Setelah lamanya aku senyap diri kat blog le, kat YM aku on selalu wahahahahaaa. Last 2 weeks aku jumpa asbaha bersama pasangan sayapnye si Fifie kan kan fie hehehehehee. Kitaorg deting bagai nak rak wuuuiiihhh. Si asbaha datang lambat mule nye yelah dah lama tak jumpa kira seprais kat aku lah tuuu wahahahahaa takpe ai laik wink wink.

So kitaorg deting kat TC, memang syok lah petang tu mam kat MekD cukup2 4 orang termasuk tunang haku.  Ermm bercerita pasal TC, tak silap pada petang tu hujan baru je lepas dan keadaan sedap je di layan dengan ombak bayu serta angin kus2 orang kentut pun takde bau pusss. Ermm ramai yang komplen sbb aku kentut kat YM wahahahaaa nak wat camne dah tu memang best pe? Walhal apa lah gunanya sekiranya kita tidak menggunakan mende yang sedia di download.

OKlah ni nak masuk bulan 5 @ Mei doh, so masuk 2 haribulan ni bersamaan Cik Nad nye nikoh di tasek Permaisuri tu aku secara rasminya ingin mengatakan bahawa aku tidak dapat hadir sama sekali pada hari berkenaan. Aku bukan nak sombong bukan nak riak atau bukan sahje2 je tanak hadir, tapi mohon kerjasama fahamilah situasi aku yang tidak seberapa skang ni. Yelah aku ada masalah skang ni, orang2 yang aku ketemuin je yang tau aku ada masalah, kan baha kan fifie kan kan. Haaa oklah walopon yang demikian waktunya aku rasa sempat lagi nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cik Nad walopon masih lagi awal tapi aku rasa dok awal lah beberapa hari je lagi wok. Cik Nad mintak hampon lah banyak2 sebab cincan tak dapat join pada majlis Cik Nad pada 2 haribulan tu, cincan mohon maaf banyak sangat. InsyaAllah ada masa kita join satu keluarga di 360 cafe ek.

Ermm bersamaan dengan 2 haribulan ni gak, hehehehehe aku nye besday aih dah 30 tahun dah aku yek. Ermm apa ada pada mei? apa ada pada 30 tahun aku idop kat dunia ni? ermm yang aku tau umur aku 30 tahun dan bulan Mei aku KAHWIN!! WOOOOO!!! kawin woooo!!!

pastu kan, ermm sesiapa yang nak tawu aku pakai warne mende masa majlis nanti, klo di Jerantut aku akan pakai warna brown. So di kuantan / Bandar Palma aku akan memakai warna purple. Ermm pilihan keluarga gitew, oooh baju pong dok test lagi ning. Bilo toh mak andam nok aku fittings nye? kang berbulu baju tu aku xmo aaahh buat balik laaahh, aku bayor pe? wooohh. Ermm alhamdulillah segala persiapan dah pun siap, cuma tinggal borang belah perempuan dan juga cincin pompuan yang masih lagi di tailored made.  Maybe next week kot? entahlah jari tunang kecit, sori ye yang abang terberitawu.

Oklah hope the best for Cik Nad weds, so this May kan bulan passionate bulan syahdu bulan kasih sayang hoh le, hari buruh, hari wesak, hari cikgu, hari ibu err hari aku nye besday hari cik Nad nye wedding hari aku nye weddings haaa banyak pe? wahahahahaaa. Oklah all the best for newly weds. MMmuuaaahh to u wols love u wols.

Tuesday, April 14, 2009

New Sinetron : Hyunke Yang Babels

JIWA HYUNKE, LAYAN HYUNKE, MAKA HYUNKE LAH IA


Sedang molek orang bersuka-ria aku plak yang mengisi masa lapang dengan bertenet? ermm apakah maksud ku? aku bukan nya hape, cuma skang ni aku tengok aktiviti kreativiti aku semakin berkurangan. Adakah disebabkan fobia ingin berkahwin? ataupun aku mengalami masalah virus pengantin baru? ataupun mungkin hyunke telah menyebarkan virus Ebola? ermm entahlah?

Aku betul kompius akan tindak-tanduk itu, walhal kroni2 yang lain tidak pula mengalaminya dengan seserius itu. Tapi takpe, aku tatap bersabar aku masih lagi tersenyum.  Kenapa aku bley senyum plak? sedangkan itu kan masalah? ermmm betul gak kan, tapi aku jawab senang je. Sebab aku nak kahwin wahahahahaa.

AKu kompius skali lagi, kenapa seme orang kat perhilitan sini seme nya cam takmo memberontak? ke aku sorang je Che Guevara? ermmm mana yang lain? mana pengikut aku yang lain? klo aku sorang tak best lah weh! Lagipun mende ni kena lah sepakat, kalo jenis duk diam pastu tanya aku sorang adeh susohlah ginih. Tangan aku bukanlah tangan yang bley keluarkan cheque ke hapa. Tangan aku ni tangan seni, mana ada bakat nak sign cheque wahahahahaaa.

Aku bercakap mengenai gaji diriku ni, aku dah menunggu sampai nak setengah bulan dah ni.  Yang peliknya kenapa kompheni sebeloh tu bley dapat plak? sedangkan kompheni hyunke ni sebeloh je? *untuk makluman : kompeni ni kepunyaan mok n aboh hyunke itew sendirik.Yang aku pelik nya lagi, nape plak HR tak tau mende ni? nape akaun tak tau mende ni? bukan ke diorang patut tau ke apa yang patut berlaku pada duit2 ni? aku klo nak report kat jabatan kang senang je korang masuk kat zoo melaka haaa.

Aku masih bersabor lagi ni,  aku nak kata aku hangin. Kompem hangin beb, hutang dah lambat bayor, motor aku tu diorang ingat pakai pe? hidrogen? ke pakai plug-n-play je? ke amende? Aku kalo ikutkan lah aku dah lama blah dari kompheni tu. Tapi tulah, aku setia ngan ko sebab janji ko tulah dan aku yang kene. Ermm, aku bley sabor tapi klo ko ungkit sket abeslah ko pasni, aku tak taulah ko nak berzanji ke apa yang penting aku nak ko tau dan paham isihati aku ni.

Oklah aku pon tak hangen2 ni, kang aku nak melepas je. Tak pasal2 aku kena sapu minyak hangin kat perut aku yang kembung ni. Huh hyunke you're NEXT!!! Aktifkan AUM!!!!! AAUUUUMMMMMM!!!!

* sedikit gambar ole-ole daripada hyunke, tima kasih.

Wednesday, April 8, 2009

Al-Makluman



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Terlebih dahulu ingin aku memohon maaf sekiranya aku tidak menulis blog dengan tidak aktif nya, kemudian aku ingin memohon maaf sekali lagi jika aku tidak menegur mahupun memberi komen di mana2 blog yang wujud sekitar 360. Harap Maklum. 

Ini bukanlah niat ku untuk menjadi seorang yang sombong serta jahil di permukaan bumi yang fana ini, tetapi dengan emosi yang begitu tidak stabil serta pelbagai lagi dugaan serta cabaran yang terpaksa ku pikul. Lebih2 lagi diriku tak lama lagi bakal akan bergelar Si Suami jadi tingkahlaku ku, tatasusila ku, dan banyak lagi akan berbeda daripada dulu. Yeaaaahh, aku sekarang telah pun melangkah ke satu lagi pencapaian hebat di dunia ini, yaitu perkahwinan. 

Aku tau dan aku pasti ramai yang tak menyangka dan ramai yang tidak tahu kerna aku tak beritawu korang pasal pertunangan aku secara "jelas". Yelah bukan aku nak sombong dan bukan sengaja aku buat camtu, tetapi adalah sebabnya kenapa aku buat camtu? tapi di sebabkan aku dah lama tak buat blog ni *menaip* so aku dengan resmi nya nak mintak kerjasama dan keijinan masa serta waktu untuk meluangkan masa pada hari Ijab Kabul ku tu nanti.

Demikian juwe, aku memohon untuk semua warga2 360 memberikan alamat rumah yang mana sempat aku pos, aku pos lah. Kalo tak sempat tu, kat blog ni aku pos kan gak. Aku berharap kita dapat bertemu di majlis ku nanti, aku cuma berharap tetapi masa dan pertemuan itu hanyalah Allah menentukannya.

Sebelum aku mengakhiri ucapan aku, gambar pertunangan ku ada di fotopages aku silalah melayari bahtera di sana. Serta kepada yang berjaya membuka kunci "kiasan" aku tu, terima kasih kepada yang berjaya. Maknanya diorg faham la tu.

p.s : Sorilah aku nye taipan tak seindah cam dlu, mungkin lama tak memblog kot? mohon maaf lagi. Nanti aku hapdet macam biasa ok, insyaAllah.

p.s [2] : Kad ni aku tak wat, orang lain yang wat. Aku hanya jadi Art Director je.

Tuesday, March 3, 2009

for fun


lalalalalaa..im still here :D here

Sunday, February 15, 2009

ECM - Cultural Town


Seperti yang dijanjikan gambor yang ingin di haplod, sorry lah lambat sebab ada kes. Saya akan menghapload sikit2 jew dlu.


Saturday, January 31, 2009

Macam Tak Percaya! // I can't believe this!


BODOW TUL!

Macam tak percaya dan lagi lah tak percaya ianya berlaku dan mungkin akan berlaku tak lama sekiranya kita tidak mengambil keputusan dan tindakan selanjut, minta maap sekiranya tidak menerangkan apa yang berlaku dan kenapa aku cakap camni? gini kengkawan aku baru dapat maklumat pada malam ni pasal kawasan industri di gebeng, kuantan bandar palma ni.

Nak tau pe dia kengkawan? Industri + Gebeng = Radioaktif? Apa radioaktif di KUANTAN!!! hell no! nape ianya berlaku disini? dan lagi satu. Kes ni dah lama dan dah ada efek pon, tak caya? tu kes kat bukit merah dah jadi cam kes Rusia-ala-Chern, gile babas tul. Memang cilaka nye firaun, ada ke patut buat orang camtu? hidup2 lak! weh natang, aku ada suh ke ko wat keuntungan tapi orang lain yang mendapat? klo dah untung camne ko bley biarkan sisa tu macam tu je? ko ingat cam sisa tong sampah ke hapa?

Aku tak tipu korang tapi korang bley baca segala proses dan pancaroba yang diberikan, sehingga ada anak2 yang cacat? Dan korang bley baca kat blog ni : http://sisaradioaktif.blogspot.com/

keypork tul, aku malas nak taip byk2 sbb aku letih skang ni. Kang aku tibai mat aussie tu kang, natang beruk ungka campur fungkok ayam! isaplah telur natang.

Tuesday, January 20, 2009

Aku dah lama tak hapdet! GILE BAPOK!







Setakat ni aku masih bz dengan projek ECM yang melampaui batas, ni aku rasa musti dia nak dera aku kaw2 nye pastu beri aku cuti selama 9 hari. Patutlah, dan hati ku gelisah apakah diriku kian masih tidak mendapat bonus? apakah aku sorang sahaja yang tidak dapat? oooohh mana aci weh!! ofis sebelah bos dia kasi 4 bulan gaji bonus!! natang ungka tul lah.


Aku tgh duk kusyuk ngadap work aku diorang siap bley beborok lagi haaa, pergghh mmg masyuklah korang. Bukan pe, kadang2 aku pun tak fahamlah camne bley diorg dapat lebih plak? tu pun klo aku ada bonos lah! klo dok angpow jelah adeh. Ermm takpe, tadak hal. Yang penting aku cuti 9 hari kaw2 tim2 nye2 wahahahaaaa..aku nak RILEX!! PUAS2!!. Oh ye sementara itu nikmati lah permandangan yang aku buat dengan DSLR baru ini, heheheheheeee..heh.


p/s : gambor tu ada lg, tungguuuuuu!!! chapit.sorrylah ni bukan aku nye kamera tp kompeni nye wahahahaaaa