Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 11, 2008

Peribahasa Bengots


*sumber diambil daripada : "http://www.dailygalaxy.com/photos/uncategorized/art_of_laughter_9.jpg"

-kemana tumpahnye kuah,kalau tak ke bawah
-tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan
-tiada rotan,pelempang berguna juga
-biar lambat asalkan tak cepat
-biar putih tulang jangan kuning gigi
-dimana ada gula disitulah ada gula-gula
-kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar
-carik-carik bulu ayam,lama-lama jadi shuttlecock
-secupak takkan jadi 18 cupak
-gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia mati meninggalkan dunia
-sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut
-harapkan pagar,pagar tak boleh diharap
-alang-alang mandi biar gunakan sabun
-berat mata memandang,berat lagi seguni beras
-cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa pun
-diam-diam ubi berisi,diam-diam orang.....bisu
-hidup segan,mati ditanam
-ikut hati mati,ikut rasa merasa
-lembu punye susu cap teko dapat nama
-sehari selembar benang,lama-lama habis
-jika mata kail panjang sejengkal,beli la yang panjang skit kalu nak mancing kat laut(beli pukat tunda lagi baik)
-hendak seribu daya,tak hendak takpa
-membujur lalu lintang-pukang
-hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik tak payah hujan
-sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut
-kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili
-tuah ayam boleh nampak di kaki,tuah manusia boleh makan ayam
-kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah la lu..!!



Sunday, August 10, 2008

Aktiviti pada harini


*sumber imeg/foto adalah daripada mem laila pastu saya edit sket2 jew.
ermmm jap gi makan nasi iaitu *lunch hiks.heheheheheh

Friday, August 8, 2008

Sabtu ialah hari yang berhoyeeee

Harini adalah merupakan hari Sabtu yang bulih berhoye hoyeeeee, ermm harini adalah hari menengok wayang dan berjalan di bandar palma adalah merupakan satu kewajipan serta menghadiri pasar malam adalah juga satu kewajipan bagi seseorang warga di bandar palma. Mana2 orang di Malaysia amnye ramai mengenali @ mengetahui apa itew pasar malam. 

Pasar malam atau lebih di kenali sebagai "Bazaar" di dalam bahse omputih lebih kepada pasar yang menjual barang keperluan harian seperti ikan, baju bundle, hapam balik dan sebagainye. Ianya hanya berlaku ataupun di adakan seminggu sekali sahaja di sesuatu tempat, tidakkah ianya unik kerna ianya sekali seminggu huhuhuhu. Walhal kita bley beli barangan tersebut di pasar2 yang lain dan lebih menarik mahupun sedap, tetapi ini adalah pasar malam kita tak bulih membandingkan apa yang di katakan permata atau kaca. Cuba kita bayangkan jika pasar malam tidak wujud, bagaimanakah kita ingin meningkatkan ekonomi bangsa melayu secara amnye rakyat Malaysia? cuba kita bayangkan bagaimana kita nak makan hapam balik yang manis dan cantik molek dan bergetah gitew haaa *wink wink*. Kemudiannya bagaimana kita bley mengekalkan kuih muih tradisi melayu lama seperti kuih samprit err kuih lapis, kuih onde2, kuih telinga keling dan sebagainye.

Pelbagai faktor mengapa pasar malam perlu wujud bukan sekadar nama mahupun darjat di pertikaikan tetapi faktor yang pelbagai perlu di pastikan. Pasar malam telahpun wujud sekian lama di Malaysia, Singapura dan Indonesia *sumber daripada wikipedia*, namun berapa ramai kita warga Malaysia yang kerap dan acap kali ke Pasar Malam? Cuba bertanyakan diri sendiri apakah kita ni tidak mahu ke Pasar Malam? ataupun kita malu akan Pasar Malam?

Renung-renung kata daripada saya dan sekian untuk kali ini daripada saya Datok Dr. Cincan Falsampah 360. Salam.

Yang Menaip pada Hari Sabtu berhoye,
Cincan le hehehehe.hiks. <-- tiru yayake :P

Thursday, August 7, 2008

Saya menjadi asyik akibat bermain game ni

Ermmm apabila kita bercakap mengenai game semua orang dan pasti kita tau apa dia maksud "game" dan game yang saya maksudkan ialah video game. Skang ni je dah macam2 wujud game di pasaran bukan di pasaran sahaja malah di internet pon dah ada game2 online ni haa. Walhal kalo dlu kita bley di katakan kita main guna katrij ataupun disket besor tu je, tu pon kalo ada komputer kat rumoh atau konsol yang bley di mainkan.

Cuba anda2 seme ingatkan game apa yang popular masa kecik2 dlu? sudah semestinye konsol Atari, Commodore 64, SEGA dan sebagainye. Sudah tentu saya memilih Nintendo dan SEGA sebagai batu asas ketika masa muda bugar gitew. Tu dari segi pemilihan konsol tatapi bagaimana pula dengan game nye? apakah game yang terhebat yang pernah anda mainkan? dan kenapa anda memilih untuk bermain game tersebut? Untuk menjawab soalan ini saya tak banyak pilihan untuk game2 yang lama cuma terdapat beberapa sahaja pilihan yang dapat disebutkan di sini contohnye;

a) Mario Brothers Series
Ahaaaa klo kowang seme pernah main @ sudah tentu bermain game hini, kompem mmg kowang biasa dengar Mario, Luigi, Bowser , cendawan pembesaran dan sebagainye. Masa kecik dulu saya biasanye bermain sehingga otak dan minda menjadi terkelendat sehinggakan tidak tau bagaimana hendak memenangi game tersebut.



b) Street Fighter
Uiiiihhh game ni paling best sekali bila berkunjung di arked permainan beriadah, maklumlah klo biasa ponteng skoloh takpun bosan2 kat rumoh bley lah mengunjungi di tempat tak berpaedah itew. Ini game saya support abes sampai dah besor ni, sampai skang ni dah pelbagai versi yang wujud termasuklah karakter mereke2 itew.



c) Pacman
Game ni paling giler sekali kalo tak biasa bermain puzzle janganlah bermain Pacman, jika pandai pun rasenye anda adalah giler juwe hehehehe. Tapi game ni ala2 cam Frogger, Indiana Jones, kira geng2 Atari le kan. Tapi skang ada versi 3D sebab yang versi 3D tak silap diorang ada buat untuk PSX (PSone) dan PSTwo.



------------------------------------------------------------------------------

Rasenye klo saya menghuraikan lagi feberet game ni kompem takkan abes untuk satu hari, dan banyak lagi sebenornye game2 yang hebat jikalau kita ingat semasa kita berhoye ketika muda bugar lagi. Sedangkan sekarang ni dengan adanye konsol @ PC yang terhebat tetapi jika kita tak ingat ataupun menghayati erti sebenar sejarah game itew sendiri bagaimanakah anda harus melabelkan diri anda sebagai seorang "gamer" heheheheeh saya ok jew huhuhuhuuu. Oklah sudah kemamaian pule time untuk tido.

p.s : Jangan lupe bermain ini ye kawan-kawan heheheehhe

Wednesday, August 6, 2008

The Ungka berSeries : Haaa kena bowat ni kew ? adeeeehhh


Harini penuh dengan kekonpiusan bowat diriku, ermmm citer nye beginih pada pagi yang sejuk serta suam2 itew permulaan kerja amatlah tidak sedap di sebabkan terpaksa bangun pagi untuk membowat keje2 tapi takpe sebab memang manusia kena keje kalo tak musti aku ni anak kerabat raja Sultan Sir Hassanal Bolkiah ataupun anak angkat Bill Gates. Tapi tak mengapa itew mustahil wahahahahaha..ermmm camne nak start citer ni ek? ermm kira pagi ni macam biasa lah buka PC pastu memulakan kerja @ dalam erti kata yang lain menyambung keje hari semalam. Hari semalam nye keje adalah membowat "mock up" untuk client CarCare Home Centre yang ingin menukar imej website nye menjadi lebih lawa. Untuk itew aku telah membowat satu je mokap pada harini tu pun kena kacau dengan keje2 yang tak berpaedah aku bowat lepas lunch, kira selepas habes bowat mokap tu le.

Lepas lunch je, cik akauntan merangkap personal assistant bos ungka telahpun menyerahkan satu lagi kerje @ tugasan iaitu membowat kad perniagaan eh kad bisnes. Telah di explainkan semalam oleh ketua ungka di mana proses ini adalah di peringkat awal atau ekperimental. Aku tak pasti lah samada diorang bley untung atau tak? dengan modal yang banyak tetapi harga pasaran ciput macam mana diorang bley untung ek? membazir tangan aku je design kad2 itew. Dahlah petang tadi sebelum nak balik dia kabor kad tu salah orang nye name adeeeehhh, naseb baek lah ko sound aku masa nak balik klo awal2 aku rasa aku bowat bodow je kot? wahahahahaha tu pun dah bowat bodow pon.

Ermmm malas nak layan orang tak pandai mengolah dan tak pandai nak manage sorang designer ni, aku sorang kat ofis pun tak tau nak manage? adeeeehh pe daa? tu blom lagi aku di naikkan pangkat sebagai art director for sure nye anak2 buah designer aku kena sound dgn aku pastu wahahahahaa. Tapi takpe aku bukan nak marah ke hape cuma menjadi kebengonagan akibat pemproses itew sebenarnye membazirkan tenaga dan masa ku sebagai seorang designer. Walhal buat kad tu bukanlah makan banyak masa pong tapi feedback yang aku dapat bapoklah slow.

Haiiihhh ketensenan lah diriku bulan ni lagi, ermmm design mokap plok nak esok adeh naseb baek dah siap satu klo tak bowat apa2 pun tadi asyik bowat kad je kompem dok siap mokap website tu. Ermmm takpelah kita chill2 malam ini, oklah nak mengeluarkan diri ke luar bandar papai seme.

p.s :The least of things with a meaning is worth more in life than the greatest of things without it. (Anonymous)

Tuesday, August 5, 2008

Apakah?

Ermmm tidak ada apa nak di taipkan pada malam ni, cuma hendak seribu daya tak mao seribu ringgit mao sejuta juwe wahahahaaa..oleh yang demikian pada malam ini saya ingin menyampaikan sebuah lagu daripada cubitan youtube.com terima kasih. Minta maap sebab tak taip panjang sebab takde idea wahahahaaa.

Saturday, August 2, 2008

The Ungka berSeries : Jom Jom Jooooomm Jooomm Jom Beboh Bebbooohhh huhuhuhuu


Pada harini yang mulia lagi berbahgia aku merasakan diri ku letih pada harini wahahahaha, tak tahu lah bakpe mungkin semalam pada hari Jumaat aku tido lambat kot? tapi tu perkara biasa kita kan nak bercoti harini so takkanlah tido lambat pon tak bulih? kan? lagipun harini pon bukannye buat pe cuma berpesta gi ke pasar malam di Jalan Gambut dan kemudiannye pergi ke ECM (East Coast Mall) untuk membeli dodo *deodorant di Carrefour.

Walaupon harini adalah hari Jom Jom Sure Heboh, alah tak gi nye aku ke sana. Nak bowat pe gi tempat sempit2 di kerumuni oleh artis2 jemputan di bersebelahan stadium dan juga pasar besar Bandar Palma itew? huh tidak mahu la aku. Bagaimana dan macam mana semua orang bley ke tempat yang penuh kesesakan itew? sedangkan nak mencari parkir pon susah apatah lagi ingin berjalan kehulur kehilir? tapi takpe itew orang lain dan aku orang lain juwe, tapi tidak mengapa lantak lah diorang nak tengok konsert ke, nak beli miskut kew, nak beli samsung electronics ke hape lantok lah. Janji Bandar Palma pada harini sememangnye sesak daripada biasa.

Ermmm aku tak tengok lagi citer the X-Files 2 dan juga The Mummy sekali tengok trailer dia cam treler gak aku rasa ermmm tapi tak taulah setakat klo trailer jew gempak tak beh gok kan? nasib baiklah dah tengok Dark Knight, ermmm memang aku respek giler lah mamat Heath Ledger *RIP tu aku rasa dia ni kan memang tadak tandingan dari segi watak "The Joker" tu. Aku tak pernah lagi tengok orang berlakon sampai tahap macam tu sekali, memang mendalami apa maksud yang ingin di sampaikan. Sebagai contohlah, dulu sapa yang jadi aktor The Joker? first2 masa aku form 1 ke 2 ek? ermmm entahlah masa tu tak silap Jack Nicholson kan? tapi masa tu kan budok2 lagi so mmg tak sangke dan tak mengharap pe2 pada lakonan tapi aku respek si Jack ni tapi bila di ungkit balik tak seberapa mendalam watak The Joker tu. Yelah masa tu kan direktor lain, mungkin unsur dia terlalu komik. Tetapi ni lain, seolah-olah direktor membuat The Joker seolah-oleh wujud di sekitar dunia ini mahupun the Gotham City amnye.

"Wah2 hehehehehohoooheeh haa huuu hee hiii huuu" aku paling ske bila dia jumpa mobster2 masa meeting tu, pergghhh menjadi sungguh lakonan nye. Bukan setakat the Joker je hebat tatapi Dark Knight menerangkan segalanye apa yang sebenarnye terjadi pada Batman daripada sitewlah kita tau Batman tidak lagi penyelamat tatapi seorang pelarian yang ingin di tangkap oleh polis. Tapi aku nak tanya, ermm sapa nak jadi aktor The Joker pasni? yelah maklum jelah si Mamat Heath tu dah kiok or RIP so sapa plok nak ganti dia? adeh.

Takpelah tu serahkan pada direktor dan produser filem Batman tu, skang ni aku fikir nak tengok X-Files dan The Mummy. Untuk Dark Knight saya betul2 rekemen pada hardcore fan Batman @ Dark Knight series komik tu, dan juga penggemar movie Batman daripada mula2 lagi dan juga tak salah klo nak tengok citer last Heath tu takpelah tengok jelah kompem puas hati. Oklah rasenye hapdet aku dah pon berjaya, selamat maju jaya dan hari Mingguan anda selesai. Mmmmuaaahhh.

Yang Batman tapi cincan,

Cincan le hehehehe...dot..dot