" Tip: Eat a light but nutritious, breakfast-like meal:Try a zatar or cheese pie with some cucumbers. Tomatoes and a cup of fresh-squeezed orange juice are also excellent sources of vitamins and nutrients.Have nutrient-dense whole-grain toast with almond butter, cashew butter, or all-natural peanut butter. Top with berries or banana slices.Try some quinoa with almond milk, raisins, cinnamon, raw honey, and bananas. It will definitely give you fuel for the day.A bowl of steel cut oats or whole grain cereal and organic milk/almond milk are also great.Don’t forget the dates. ;) "
Wednesday, July 16, 2014
Ramadhan Tips
Sunday, June 29, 2014
Ramadhan: Care For Hunger by Islamic Relief Malaysia
Program Ramadhan: Care For Hunger dijalankan secara serentak melalui cawangan-cawangan Islamic Relief di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pek makanan yang diagihkan berisi makanan asasi mengikut kesesuaian budaya dan geografi penduduk di negara tersebut.
Jadual harga pakej Ramadhan Relief mengikut kumpulan negara:-
Setiap pek dijangka akan dapat menampung bekalan makanan untuk berbuka puasa bagi sebuah keluarga yang terdiri daripada tiga ke lima orang selama satu bulan pada bulan Ramadhan. Penerima manfaat terpilih adalah terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan orang kelainan upaya, warga emas dan golongan yang layak mengikut pemerhatian serta kriteria yang ditetapkan oleh IRM. Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh menghubungi pihak Islamic Relief Malaysia di talian 03-89263434.
Wednesday, October 8, 2008
Eidulfitri adalah hari yang bahagia
Hari Raya ke8 - Eidulfitri
Setelah lama diriku tidak menulis blog mahupun menaip blog, aku terbengong akibat pelbagaikrisis yang di tempuhi di dalam beberapa hari percutian ku hingga harini. (*cuti sampai 8hb Oktober, esok nak keje doh!!!) Namun tidak aku mengenal erti letih dan jenuh sebagai penulis blog yang kurang aktif di dalam kareer nye, tetapi di sinilah aku mengenali diriku dan juga menyampaikan hasrat ku seperti kepedihan mahupun kegembiraan ku. Aku berharap dapat berkongsi bersama rakanku yang lain agar bukan diriku yang hina lagi kerdil ini mendapat hidayat mogaan mendapat petunjuk.
Selamat Hari Raya Eidulfitri ke - 8 Allahuakbar Allahuakbar walillahilham!! Semoga di hari yang ke 8 ini kita masih bermaafan antara satu sama lain dan semoga rezeki yang melimpah ruah akan bertambah khendakNya insyaAllah. Aku mendapati bahawa hari raya ini amat bermakna buat diriku bukan sahaja di bulan Ramadan kerna diriku mendapat seorang teman baru yang amat ku kenali dan ku sayangi. Bulan ini Eidulfitri tidak lagi bermakna diriku beraya bersama keluarga ku dan saudara yang ku kenali tetapi juga kekasihku yang paling bermakna buat diriku. Bukan aku nak berjiwang ataupun meluahkan perasaan tetapi aku nak cakap yang aku bersyukur sangat sebab aku dah jumpa dia, sekarang lah baru aku tahu betapa manisnye bila kita beraya dan berpuasa dengan si dia.
Oh ye, bulan Eidulfitri aku sambut macam biasa. Solat sunat Eidulfitri di Kuantan, kemudiannye prepare utk tetamu beraya pada hari pertama. Dan tak silap pada waktu Asar aku dan keluarga mula pergi ke Temerloh untuk menyambut raya bersama saudara yang lain. Nak buat macam mana memang tiap2 tahun akan gi ke Temerloh nye, oh ye kepada Abam Baha aku nak pohon dan menyusun 10 jari sebab tak gi rumoh mung. Tapi insyaAllah klo ko nak beraya bulan ni ada lagi kuih banyok lagi pong. Datanglah ye, jangan merajuk ye Abam hehehehee.
Lagi satu, masa raya kedua / 2 aku gi ke Jerantut ke rumah si Dia le. Ermm macam biasa jumpa "mak" bakal mertua heheheheeh dan beborak lah apa yang patut, aku gi dengan adik2 pompuan ku. Seme sporting tapi yang paling tak patut, adik bongsu aku bley pengsan sebab tak makan tengahari kot? mujur Alhamdulillah di pengsan masa tengah duduk ermm dkt KFC temerloh plok tu. Alhamdulillah setelah di diagnostik seme nye berjalan lancar dan tiada tahanan @ sekatan di lakukan.
Alhamdulillah keluarga aku berjaya juwe mengadakan BBQ mini di rumah kami di Alor Akor, dengan kehadiran daripada pakcik makcik sepupu seme dan beberapa orang kawan adik laki aku tu, maka secara tak langsung meriah gak lah dan happening gok acara berkenaan. Oh ye, kepada pembaca setia buat blog ku ini, ampun maaf di cipta dan aku ada gak selit beberapa gambor silalah komen yek. Ok nak solat Asar dan kemudian memikir apa yang bakal ungka berkenaan akan berkata @ bertitah pada hari esok nye? ermmm aku memikirkan keje yang baru dan berlambak akan ku buatkan oooohhh migrain ku!!.


