Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 13, 2008

Takkan Melayu Hilang Di Dunia


Atas dasar perpaduan serta masyarakat berbilang bangsa, Malaysia adalah sebuah negara majmuk dan aman. Di sini bukanlah saya nak bercakap mengenai bangsa dan negara Malaysia tetapi apakah benar kaum Melayu tidak lagi hebat seperti dahulu? Jika Hang Tuah menentang Hang Jebat yang ingin menawan takhta Sultan Melaka di mana Hang Tuah terpaksa akur akan perintah demi martabat Sultan Melaka ketika itu. Walhal jika kita pasti dan ambil iktibar daripada ceritera sejarah Melaka ada pelbagai pautan yang patut kita ambil tahu.

Jika kita lihat perjuangan sebelum Merdeka, kita di jajah oleh pelbagai bangsa asing sebagai contoh British. Kita sentiasa di hantui oleh penjajahan dari segi fizikal mahupun mental, dan sering kita merungut bilakah kita akan bebas daripada penjajah? apakah kita benar2 merdeka?. Persoalannya di manakah letaknye maruah bangsa Melayu di atas tanahair ku yang tercinta ini? di manakah letaknya perjuangan agung bagi seseorang perwira yang meletakkan diri dan sanggup berkorban apa saja demi martabat tanah Melayu? Apa dah jadi pada kita sekarang? Bangkitlah wahai melayu, sedarkan diri kita daripada tidur. Jangan kita bermimpi siang hari dan jangan pula mengharap balasan ataupun perubahan mendadak jika tidak berusaha. 

Cuba saudara dan saudari lihat pada suratkhabar dan juga TV, bagaimana kah kita meletakkan diri kita terhadap seperti BAR Council yang menghina Islam dan juga hak asasi Melayu yang termetrai sejak dahulu lagi? Bagaimana pula dengan UiTM? bagaimanakah nasib kita sebagai seorang bangsa Melayu memperjuangkan satu-satu nya universiti yang bertaraf 100% Bumiputra? BAGAIMANA?

Agama ISLAM adalah agama kita, UiTM adalah hak kita, dan hak Melayu adalah hak MELAYU SAMPAI BILA-BILA!! cuba bayangkan sekiranya UiTM bersetuju menempatkan bangsa selain bangsa Bumiputra? apa lagi yang kita hendak banggakan? Lepas ni apa pula? FELDA? FELCRA? apa LAGI? Nauzubillahiminzalik. Saya dengan dukacitanya memaklumkan sekiranya kita masih tidur maka Melayu mungkin akan tidur sampai bila-bila, untuk itu Saudara dan Saudari marilah kita beramai-ramai bersatu padu agar kita jangan bercerai berai demi maruah dan martabat bangsa Melayu secara amnya. Terima Kasih.

Allahuakbar dan Melayu Boleh!! daripada Cincan

3 comments:

as bha zammi said...

aku ada berarak...anta memorandum...
tpi apasal muka aku x kuar TV,,....
adeh....

yaya|azura said...

errr...yayake org jawe... camne ek? :P

Unknown said...

encik bha : respek kat ko janji kita pertahankan hak Melayu yeaaaahhh

yayake : ermmm melayu jawa bulih jew hohohohowahahahaaa.hiks