Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 14, 2011

: Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan 
Putrajaya

Monday, June 6, 2011

Seminggu Tadak Line!!

Assalamualaikum semua,

Aku nak citer sket lah pasai pe aku tak aktif sepanjang minggu ni, bermula daripada hari Selasa lepas yakni 31 Mei 2011 satu taman tadak talian telefon. Punya berderau telinga koi ni haaa, menunggu je! ingatkan bley lah recover dalam satu hari rupanye sampai ke harini tak bley online lagi. Ni pun naseb kat rumah koi ada talian bley lah berwifi ataupun berberokbeng (broadband).

Susah koi nak kabor, segala mende jenis transaksi dan bisnes semenye terpaksa adhoc dan ada gak kena bawak ke depan. Ada satu kes tu terpaksa bawa ke tempat lain (agen) utk solve kes tu, masalah dan baler adalah sampai ke harini plop te!! Yang aku hangin nye bukannya hape, ingatkan kabel tu kena rembat ke apa ke? rupenye saloh kontraktor tepi jalan te yang buat projek pembesoran jalan katenye. Kawan kabor lah nape lah tmnet dok fail saman je kat kontraktor te? sapa yang susoh? orang hok ada bisnes lah susoh nye! aok te nak rugi ke nak untung? koi cukup tak faham nape lah aok bley plop wat gite?

Ofis met kawan gi lah tanya TM Cust Services, dia bley kabor tak tahu plop? ler dia wat mende kat meje te? duk main kuku ke? baler lah! tapi tu citer lepas kena 2 hari la aaahkekekekekeke. Aku harap esok adalah talian te, dah ramai nak kol tapi tak lepas; memang tak lepaih!! dah takde talian guane nak telepon? adoh lah! last2 call guna HP, tapi bertalu-talu kawan kena ngan ofis mate. Usohkan nak fax, email dok leh, nok berfesbuk pun dok lepas! aih geram te. Tapi takpelah, koi gune masa buat mende hak simple2 je. Takdelah wat design, artwork ke apa, cuma wat menatang paperwork je kekekekekekee. Oklah dapat lah kawan menulis serbe sedikit nape lah koi tak menulis "sebarangan" kat blog koi ni haaa. Jangan salah faham cuma klo ada idea koi tulis lah, takde koi simpan pastu peram buat pekasam kuikuikui pastu lepas ke bawoh! plluupppp...haaa gitu wakakakakakaka. Oklah koi ciao dlu kata orang Italy kekekekekeke, assalamualaikum. Bohbai.

Monday, May 23, 2011

New Manchester United Jersey 2011/2012

WOW!! I want ONE!!! and...and...and ONE IS FOR CHAMPIONS lah!! chehsea, arsengal, liverfool (you will always walk alone) and others see you next season kehkehkeh.



       

Wednesday, May 11, 2011

Photography Competition | Pertandingan Fotografi

Photography Competition | Pertandingan Fotografi
Assalamualaikum adalah di maklumkan kepada semua peminat fotografi di galakkan untuk menyertai satu pertandingan fotografi anjuran Youth On Unity. Tidak kira samada anda amatur, semi-pro, professional ataupun sekadar hobi pertandingan ini dapat di jadikan sebagai pengalaman mahupun bertemu-sapa dengan jurufoto yang lain. Saya percaya dengan adanya pertandingan seperti ini, industri fotografi serta kreatif dapat di pergiatkan lagi serta memberi peluang kepada generasi baru untuk menunjukkan hasil kerja yang berkualiti khendaknya.





Apa lagi yang anda tunggu? Jangan tunggu lama-lama takut menyesal tak sudah hehehehehe. Jadi dapatkan semua informasi yang ingin anda dapatkan di internet mahupun buku serta majalah untuk di jadikan rujukan sebelum memulakan pertandingan tersebut. Juga di sarankan dapatkan tidur yang cukup untuk mendapatkan stamina yang secukupnya. Akhir kata daripada saya, majulah fotografi demi pelapis baru dan selamat maju jaya. Sekian dan Wasalam.


p/s : Tiada komisyen ataupun upah cuma kawan ini menolong kawan untuk menyebarkan maklumat (Sharing Is Caring)

Sunday, May 8, 2011

Digiwhatberry?

Berry berry on the wall. Who is going to the fairest of all? Check out what berry are you now! #digiwhatberry

http://www.churpchurp.com/isyamuddin/share/digi-bbsocial/

Tuesday, April 26, 2011

How to check your website speed?

Simple as rojak mee mamak for only RM3.00 per serve voila here's the URL you'll need to go/visit


http://www.iwebtool.com/


My speed are ok (i think) but not fast as other blogger lah!!


here is the screenshot :-



special thanks to popaleh burger for this info lah.

       

Monday, April 18, 2011

Horror Theme - Monday

Waduh kok nggapain lambat bangat mau update blog donk? waduuhhhh kok nggak mau bisa sukses? nggapain asalkan aku sudah siapkan Fakhrul Krueger Wannabe

Fakhrul Krueger - Hakcipta Terpelihara | All Rights Reserved 2011/ 2012


Dey macha please visit my Flickr + Deviantart  lah dey!!